Momen yang paling terindah sekali dalam hidup ialah waktu berkualiti yang diluangkan bersama keluarga. Apabila meningkatnya usia, tinggal pula di kediaman yang berasingan, bila nak berkumpul ramai-ramai tu mesti ada saja yang tak dapat datang. Walaupun cuma nak berkumpul untuk makan malam.
Bila adik yang satu ni rehat daripada kerja, adik yang seorang lagi pula ada kelas di kolej. Bila adik bongsu cuti semester, abangnya pula sibuk dengan temu janji bersama pelanggan. Pokoknya ada sajalah excuse yang tak dapat nak dielakkan. Siapa yang sibuk tu alamatnya kena tinggal lah tak dapat join sekali.
BERBUKA PUASA BERSAMA
Alhamdulillah hari ini berpeluang berbuka bersama keluarga di tengah bandar ibu kota Kuala Lumpur. Lokasi kami kali ini bertempat di medan selera shopping mall Sogo. Selepas beberapa hari puasa, barulah kami dapat berkumpul beramai-ramai. Maklum lah adik-adik sibuk dengan kerjaya dan pelajaran masing-masing.
Bila dah berjumpa, masing-masing pun seronok menceritakan kisah dan pengalaman hidup yang sudah dilalui hari-hari sebelumnya. Ada kisah suka dan ada juga yang tak berapa nak enak di dengar. Begitulah takdir hidup yang telah ditetapkan keatas diri masing-masing. Pasti kisah nya tidak sama walaupun sesama adik beradik.
JAGA PERSAUDARAAN
Paling penting sebenarnya menjaga hubungan bersama keluarga. Kita tidak pernah tahu waktu dan masa bila kita akan diuji oleh Allah SWT. Kadang ujian yang hadir dalam hidup membuatkan kita menjadi hilang semangat dan kekuatan diri. Ada sahaja perkara yang dilakukan pasti tidak kena.
Keluargalah yang akan sentiasa bersama tidak kira apa sahaja perkara yang berlaku. Merekalah yang akan menyokong segala apa usaha yang dilakukan selama ini. Andai terjatuh, sama-sama bantu antara satu sama lain. Jika dipuncak kejayaan, sama-sama meraikan dan berkongsi kegembiraan.
HINGGA AKHIR HAYAT
Pertalian darah itu tidak akan pernah sekali terpisah hingga ke akhir nyawa. Hubungan kekeluargaan yang akrab menjadikan seseorang insan itu lebih bernilai di mata masyarakat. Keluarga yang bahagia pasti diredhai dan disayangi Allah SWT. Sedangkan lidah pasti tergigit. Itu merupakan perkara lumrah.
Maka janganlah dibawa melarat hingga hubungan menjadi dingin. Selesaikan sesuatu hal itu secara berdepan bersemuka, tak perlu disimpan segalanya dalam hati hingga menjadi barah merosakkan. Bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama itu pastinya mengikat tali persaudaraan hingga ke syurga yang didambakan semua. Amin ya rabbal aalamin.
Artikel menarik untuk anda:
KITA SAHABAT KITA SAUDARA
Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat…... Baca selanjutnya »
KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR
Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa…... Baca selanjutnya »
RINDU PADA YANG JAUH
Perasaan bila berjauhan dengan anak-anak memang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Aku akui bila tak dapat nak melihat mereka setiap hari seperti…... Baca selanjutnya »
BUKA PUASA BERJEMAAH
Hari ini kami berbuka puasa di rumah pengurus kami HM Syima dan Asyraf. Sudah berapa kali dah sebenarnya rancang nak berbuka sama-sama…... Baca selanjutnya »
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan bulan Syawal bulan mulia penuh rahmat. Masih lagi diberi kesempatan merasai suasana berhari raya…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions