Kembalikan diri kau yang dulu

biar-impian-setinggi-langit

Sebenarnya macam ini. Aku minta maaf kalau kau rasa macam aku ni abaikan kau. Sumpah takde niat pun aku sesaja nak buat tak tau pasal kau.

Aku memang ambil tau pasal perkembangan kau. Cuma mungkin kau tak nampak. Apa yang aku cuba buat ni mungkin kau salah anggap.

Tapi kalau kau berterusan nak beranggapan salah dengan aku pun tak apa. Aku terima, asalkan niat aku ikhlas nak bantu kau untuk kau berjaya dalam hidup.

Aku sengaja biar kau jalan dulu

Aku taknak kau terus disuap dengan ilmu dalam masa yang sama kau tak ready lagi nak belajar. Sebab itu aku biarkan kau jalan dulu dan berdepan dengan cabaran.

Masa itu kalau kau rasa sangkut kat memana, baru aku akan bagi support kat kau. Dan tunjukkan cara yang betul macam mana nak buat. Simple as that.

Dalam masa sama juga, kau kena kuat dan bertahan. Kau tak boleh mental koyak sebab kau masih lagi dalam proses untuk belajar. Baru nak kenal dunia baru.

Supaya kau tahu macam mana nak berdikari

Lagipun kau juga bagitau yang kau sebelum ini dah hilang kepercayaan dengan diri sendiri. Percayalah apa yang aku ajar selama ni semata-mata nak bagi kau power balik.

Dan nak buat kau jadi seorang yang tak takut dengan apa saja cabaran yang datang. Sebab tu aku selalu ingatkan kau terus bertahan dan percaya pada proses.

Tapi sekarang ni kau dah ambil keputusan untuk menyerah kalah. Walaupun aku still ada kat sini untuk bantu kau tapi tu takkan bagi apa-apa makna pun.

Sentiasa nak perbaiki diri

Selagi kau tak tolong diri kau sendiri. Apa pun aku sentiasa akan doakan kejayaan kau dunia akhirat. Ingat pesanan aku ini sampai bila-bila brother.

Cari balik potensi yang pernah ada dalam diri kau dulu macam sebelum ini. Aku yakin kau boleh.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge