Kena tinggal dengan pasangan, apa nak buat?

jangan-rasa-diri-keseorangan

Rileks la bro. Takkan baru lepas kena tinggal dengan awek kau dah frust menonggeng tak tentu hala kan. Sabar, bawa bertenang. Yang pergi biarlah dia pergi. Tak payahlah nak meratapi nasib yang tak sudah-sudah. Kalau sekarang ni kau terus mengenang perkara yang dah lepas, benda tu akan mengganggu emosi kau.

Dia akan kacau hidup kau. Kalau kau tak percaya kau terus lah buat dan buat frust kau tu sampai kau sendiri dah tak larat nak layan diri sendiri. Lepas tu baru lah kau rasa menyesal sebab habiskan banyak masa sia-sia.

Padahal awek kau tu dah bahagia pun dengan pasangan baru dia. Dah pergi makan sedap-sedap, pergi tengok wayang, bercuti dan macam-macam lagi lah. Mungkin sedang diulit rasa bahagia. Sebab tu aku cakap move on je. Kau abaikan je perasaan sedih tu.

Aku faham, aku sendiri dah pernah alami perkara yang sama. Aku pun dah pernah lalui fasa tu juga. Rasa dunia tu macam nak kiamat pun ada. Apa yang kita buat tu rasa tak kena je. Nampak orang pun rasa macam nak mengamuk je. Banyakkan bertenang ya. Buat perkara yang aku bagitau ini insha Allah hati kau akan jadi lapang.

Sabar dan bertenang

Kau kena berserah diri dengan Allah SWT. Kau kena faham semua yang berlaku ini adalah ketentuan Dia. Setiap manusia yang lahir kat muka bumi dah ditakdirkan perjalanan hidup dia. Sejak belum lahir lagi tau.

Kau kena anggap ini semua adalah aturan Yang Maha Esa. Kita sebagai hamba ini takkan boleh lari dengan qada dan qadar. Tak kira apa saja yang berlaku dalam hidup ini. Mesti ada sebab dan musabab dia. Takkan terjadi dengan sia-sia.

Minta ampun dengan Tuhan mungkin selama ini kau ada banyak buat salah dan silap. Sama ada kau perasan ataupun kau tak perasan. Pergilah solat berjemaah kat surau semula, banyakkan baca Al-Quran dan berselawat pada Rasulullah SAW.

Bila kau dekat kan diri dengan Tuhan ini hati kau akan terus rasa rileks dan lapang. Takde lah kau rasa yang kau menanggung semua perkara ini seorang-seorang. Kau ada Allah nak luahkan semua perasaan yang terbuku kat dalam hati. Kau tau yang empunya hati ini Dia sahaja yang boleh rawat.

Dekatkan diri dengan Pencipta

Kau sibukkan diri kau dengan aktiviti yang kau suka buat. Kalau kau suka pergi travel, kau pergilah melancong ke mana-mana. Tak yah pergi jauh-jauh pun takpe. Pergi kat tempat yang dekat pun dah okay. Kalau nak pergi dengan tak keluar kan kos yang banyak, kau boleh ikut dengan travel agency.

Ada travel agency yang Memang sediakan pakej yang menarik dengam harga yang mampu milik. Kau boleh grab mana-mana yang kau suka. Nak pergi pantai boleh, tanah tinggi boleh even dan melawat bandar besar pun boleh.

Kat sana kau akan berjumpa dengan ramai orang baru. Tempat yang kau tak pernah datang ini akan buat kau belajar banyak perkara yang kau tak jangka dan semestinya seronok. Masa itu kau boleh bahagia kan diri kau sendiri dengan cara kau sendiri.

Takdelah kau nak murung tak tentu pasal. Dan bila kau pergi bercuti ni kau akan rasakan dunia ini sangat besar. Banyak perkara yang kau hadap sebelum ini yang seronok. Bersosial lah. Jadi manusia yang normal. Berkawan dengan semua orang.

Banyakkan aktiviti yang disukai

Ini antara perkara yang aku buat. Kau boleh ikut ataupun kalau kau ada cara sendiri kau pun boleh bagitau. Tinggalkan kat ruangan komen mana tau kita boleh sama-sama belajar macam mana cara nak handle hal ini.

Aku percaya ada ramai yang tengah alami masalah ini. Jangan risau korang tak bersendirian. Kalau kau ada apa-apa nak luahkan boleh je bagitau aku. Aku ini bukanlah consultant profesional macam sesetengah orang lain.

Tapi insha Allah aku sedia menjadi pendengar yang baik. Aku bantu selesaikan apa sahaja permasalahan yang korang tengah alami. Andai kata membantu alhamdulillah. Yang baik tu datang daripada Allah SWT, yang mana kurang tu datang daripada kelemahan aku sendiri.

Ingat 3 perkara ini ya. Ada 3 benda yang kita tak boleh ubah dalam hidup ini iaitu ajal, rezeki dan jodoh. Semua nya dah jadi ketetapan Yang Maha Esa. Jalan je hidup ini dengan perasaan yang bahagia hingga ke akhir hayat kita. Aku doakan semua urusan kita dipermudahkan. Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge