Kenal dengan keluarga bakal isteri sebelum kahwin

perkahwinan-terindah

Bila kenal dengan seorang wanita, sebaiknya kenal latar belakang pasangan kita juga terlebih dulu. Kenal keluarga mereka. Kenal dengan mak ayah mereka. Berjumpa bertentang mata.

Bila kita dah kenal keluarga bakal isteri kita, masa itu kita boleh tahu juga kesukaan ataupun kecenderungan isteri kita nanti bila sudah berkahwin. Saya kongsikan apa kelebihan dan kebaikan bila dah kenal keluarga isteri.

perkahwinan yang membahagiakan pasangan

Pentingkan agama

Andai kata keluarga bakal isteri sebelum ini memang menitik beratkan soal agama dalam kehidupan seharian mereka, secara tak langsung kita boleh tahu bagaimana si dia dibesarkan sejak kecil.

Maka bila sudah memiliki anak-anak nanti, isteri tahu bagaimana mahu membesarkan mereka dalam suasana yang lebih ke arah keagamaan. Mendidik anak tentang pentingnya Islam sebagai pegangan hidup.

sentiasa mengambil berat soal agama

Pandai memasak

Jika bakal isteri lahir daripada keluarga yang pandai memasak, sudah tentu seorang suami tidak perlu risau dengan makanan dirumah setiap hari. Tentunya si dia juga berkemahiran memasak dengan baik.

Jadi bilamana isteri pandai masak tentu saja banyak perbelanjaan dapat di jimatkan berbanding makan di luar. Isteri yang rajin memasak juga nanti boleh membantu suami berniaga secara kecil-kecilan.

hebat didapur dan pandai mengambil hati suami

Bijak dan berkarisma

Bakal isteri yang dilahirkan dalam keluarga yang pentingkan pendidikan, sudah tentu mereka sangat bijak dan arif tentang banyak perkara. Wanita yang bijak sangat dihormati dan disegani ramai orang.

Mereka sangat kuat daripada segi emosi dan jasmani. Tidak mudah untuk diperdaya dengan anasir luar apatah lagi terpengaruh dengan perkara negatif dan hedonisme yang boleh merosakkan akidah manusia.

bijak dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa

Sama-sama jaga nama baik keluarga

Ini antara kelebihan bilamana kita kenal dengan keturunan keluarga bakal isteri kita. Namun begitu, sebagai seorang lelaki, kita sebagai suami juga perlu menjaga nama baik keturunan dan keluarga sendiri.

Wanita zaman sekarang juga tahu bagaimana mahu menilai seorang lelaki sama ada mereka sebenarnya bertanggungjawab ataupun tidak. Perbaiki diri sendiri dan percayalah bila kita baik, pasangan kita juga baik.

Adil bukan?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge