Kenapa aku pilih nak ambil Honda City baru?

honda-japanese-car-famous-brand-logo-dark-background-wallpaper-preview

Okay sambungan pasal kereta tu. Bila abang jega kata aku boleh pilih sama ada nak ambil kereta Honda City ke x50, aku terus bincang dengan isteri aku. Aku terus tanya, macam mana ni sayang?

Awak rasa macam mana? Apa yang paling terbaik untuk kita? Lepas tu wife aku cakap ikutkan plan asal kitorang memang nak ambil Honda pun. Nak merasa pakai kereta jenama Jepun ni.

Walaupun tau kereta Honda sekarang ni pasang kat Melaka je sebab nak kurangkan cukai supaya harga boleh jadi lebih murah, tapi part-part barang tu semuanya datang dari Jepun. So kira kualiti Jepun jugaklah.

Ni daripada pemahaman aku lah, tak tahu lah sama ada aku betul atau salah. Orang yang lebih pakar mesti lagi tau. Bila wife aku kata okay, tu yang buatkan aku pilih nak ambil honda City ni. Jadi tak sabar pula.

Lepas tu aku ada juga tanya kawan-kawan lain pendapat dorang tentang 2 kereta ni. Dan daripada 4 orang yang aku tanya ni semua sepakat suruh aku pilih Honda City, tapi aku saja tak bagitau loan dah approve haha.

Antara reason dorang yang aku ingat, dorang kata Honda City ni dah ada rekod jualan yang baik dalam market Malaysia dan dah sampai ke generasi yang ke berapa dah. Generasi ke lima tak silap aku.

So orang dah percaya dengan company dan dengan model kereta tu sendiri. Banding dengan x50, kereta ni kereta baru. Even abang dia x70 pun baru setahun dalam Malaysia. So orang tak tahu rekod kereta ni lepas 5 tahun macam mana.

Sebab takde sejarah lagi sebelum ni dekat pasaran Malaysia. So pendapat, dorang lebih baik aku ambil kereta yang memang dah tentu orang kenal dan orang trust dengan company sejak dulu lagi.

Maksudnya macam mana dengan servis selepas jualan, spare part alat ganti, harga kos nak kena bayar, semua tu ambil kira. Even kawan aku pakai x70 sekali tukar bateri memang boleh tahan harga kawan kata. Tayar pun yang elok average 900 sebiji harga.

Semua orang tau yang kereta X50 ni daripada company China luar negara. Dengan teknologi yang ada kat kereta tu, dan dengan estimate harga yang dah keluar rumours kat internet, semua orang tak percaya harga dia.

Average around dalam 100k je. Memang hebat betul. Sedangkan teknologi yang sama kalau kat kereta jenama barat memang dah cecah 200k ke 300k. Memang mahal. So macam tu lah lebih kurang reason dorang bagi.

So sebelah kaki sekarang ni memang nak ambil Honda City lah. Harga pun tak cecah 100k. Sesuai lah dengan aku gunakan kereta tu untuk kerja-kerja marketing dan kerja lain yang aku boleh buat.

Okay esok aku share lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge