Ibu bapa mana yang tidak mahu anak mereka selalu mendengar kata setiap kali ditegur. Tidak perlu di beritahu berulang kali. Bila ditegur terus ikut arahan.
Sebenarnya sebagai orang yang lebih tua, tugas mendidik itu mestilah bermula daripada kita sendiri. Kita mesti menunjukkan contoh dan tauladan yang baik.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Walaupun mereka masih kecil, tapi kita sebenarnya kena terapkan budaya menghormati orang lain ini sejak daripada usia muda lagi. Andai sudah dewasa tentu sudah terlambat.
Masa itu mungkin hati mereka sudah agak sedikit keras dan susah mahu dilembutkan. Hanya dengan bantuan pihak lain mungkin baru dapat selesaikan masalah tersebut.
Prihatin dan ambil tahu apa yang mereka mahu
Ibu bapa sendiri haruslah menjadi pendengar yang baik kepada mereka semua. Cuba selami hati dan perasaan mereka. Belajar untuk mendengar apa yang mereka cuba sampaikan.
Kadang-kadang kita mungkin tak perasan yang sebenarnya ada perkara yang membuatkan mereka terluka dari dalam. Mungkin kerana suasana dalam keluarga yang kurang harmoni.
Bekerja jangan sampai mengabaikan perasaan mereka
Mungkin juga disebabkan kesibukan kita sebagai ibu bapa yang terlalu mementingkan pekerjaan hinggakan anak-anak rasa diri mereka tak dihargai dan suara mereka tidak didengar.
Mereka cenderung untuk bersikap degil dan menunjukkan sikap protes seperti mahu memberontak. Ibu bapa seharusnya peka dengan segala tindakan dan perubahan diri anak-anak.
Jadilah ibu bapa yang memberi pengaruh yang baik
Jadi, kita sebagai ibu bapalah yang mesti ambil sikap bertanggungjawab dan tidak menuding jari menyalahkan orang lain. Bahaya bila kita tidak mengakui kesilapan sendiri.
Ini akan buatkan hati kita menjadi keras dan susah mahu terima teguran orang lain. Belajarlah terima kritikan dengan positif, perbaiki diri semula. Insha Allah anak yang baik cerminan daripada ibu bapanya yang baik juga.
Wallahualam.
Artikel menarik untuk anda:
3 pendekatan menyelami hati seorang anak
Saya sebagai seorang bapa kepada 2 orang anak. Saya percaya ramai di usia saya yang baru menjengah usia 30an ini sudah pun…... Baca selanjutnya »
3 kesan buruk pada anak bila keluarga bermasalah
keluarga yang hebat datangnya daripada ibu bapa yang hebat. sebagai nakhoda kapal, seharusnya ketua keluarga memainkan peranan yang sangat penting. ... Baca selanjutnya »
Mana satu nak pilih, antara mainan anak ataupun minyak wangi sendiri?
Kadang kita ini suka beli sesuatu barang itu untuk nak puaskan hati sendiri. Bahasa mudah yang selalu orang guna kira macam nak…... Baca selanjutnya »
KENAPA SALES SUSAH MASUK?
Pening weyh bila kau dah buat macam-macam cara, tapi still lagi susah nak dapatkan sales itu. Apa je aktiviti yang kau tak…... Baca selanjutnya »
3 tempat menarik bawa anak-anak berjalan selepas tamat tempoh kawalan pergerakan
Saya sendiri baru sedar sekarang ini betapa pentingnya kita meluangkan masa bersama dengan isteri dan anak-anak. Perintah kawalan pergerakan yang kita sedang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions