Kenapa awak kena beli barang saya?

jual-beli

sebelum ini aku tak nampak. aku ingatkan bila seseorang tu beli barang yang aku jual sebab barang itu sendiri. sebenarnya bukan sebab tu semata-mata. tapi macam mana kita jaga hubungan dengan pelanggan kita. itu yang lebih penting. sebab customer ini bila dia nak beli dia akan tengok juga kita ini macam mana.

sama ada kita ini semata-mata nak jual ke dia ke atau betul-betul nak tolong selesaikan masalah dia. haaa. nampak tak perbezaan dia kat situ. jangan ingat customer tak tahu ye tentang hal ini. dia boleh nampak kesungguhan kita nak bantu dia tu macam mana. jangan buat main-main.

so kalau kita nak jadi seorang jurujual yang baik, kita kena sampaikan nilai itu sendiri dekat pelanggan kita. bukan setakat nak jual produk je. kita kena bagi nampak setiap sen yang customer belanjakan itu bernilai dan berbaloi dia keluarkan. selagi kita tak berjaya nampakkan dekat customer tentang ini, lebih baik jangan jual dulu kat dia.

kut mana pun paling penting kita kena tahu apa masalah dia dan macam mana produk yang kita jual itu boleh bantu selesaikan masalah dia. barulah pelanggan kita akan bayar dengan happy dan gembira sebab kita dah tolong selesaikan masalah dia tadi itu lah. bukan sebab promosi ke apa. percayalah.

customer tak tahu kenapa dia kena beli barang kita. kitalah yang kena bagitau, kalau dia beli produk kita, masalah dia sekian-sekian akan selesai.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge