KENAPA HARUS ADA SENGKETA

Hormat-antara-satu-sama-lain

Setiap orang pasti ada pendapat masing-masing bila mereka mahu mengetengahkan sesuatu idea mahupun buah fikiran. Setiap kali berlaku perselisihan tentang sesuatu perkara, ada kalanya tanpa diduga akan berlaku pertengkaran kecil mahupun besar yang tercetus daripada sesuatu perbezaan. Ini senario sebenar yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Apabila perkara tersebut seakan sudah tidak terkawal, maka emosi amarah mula meresap dalam diri yang kadang kala bisa membuatkan seseorang itu hilang kewarasan dan mula melakukan sesuatu perkara diluar batas kesedarannya sendiri. Tanpa mempedulikan lagi apa akibat yang bakal berlaku, yang pasti keinginannya harus semua orang turuti.

CAMPUR TANGAN PIHAK KETIGA

Inilah perkara yang paling ditakuti apabila kita berada dalam sesuatu perhubungan. Tidak kira sama ada majikan dengan pekerjanya, suami dengan isteri, sahabat handai mahupun adik beradik. Perpecahan boleh tercetus selagi mana masing-masing tidak mahu mengalah dan paling bahaya bila sudah mula tuduh menuduh.

Waktu ini hilang sudah rasa kasih sayang yang telah terbina selama bertahun-tahun. Hanya kerana perkara kecil, namun telah diperbesar-besarkan. Lebih parah lagi apabila tanpa sedar, ada tangan-tangan halus lain yang cuba mencucuh api yang memang sudah marak. Mereka pula yang menjadi penokok tambah kepada persengketaan yang memang sudah keruh.

KAWAL EMOSI JAHAT YANG SEDANG MERASUKI

Pada waktu inilah sebenarnya perhubungan itu sedang diuji. Sama ada saling sabar dan bertolak ansur dalam menerima buah pendapat, seharusnya perlu ada rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Jika diikutkan tiada satu pun masalah yang tidak boleh diselesaikan di dalam dunia ini.

Tinggal lagi individu itu sendiri harus mengawal situasi agar ianya tidak lah sampai menjejaskan ikatan silaturahim yang telah terbina. Bertindak secara matang supaya setiap langkah dan tutur kata itu menunjukkan lebih untuk menyelesaikan masalah dan bukan terus menambah-nambah hinggakan paling ditakuti timbul perasaan dendam.

BERTINDAK SEPERTI ORANG DEWASA

Buang lah perasaan ego jauh-jauh kerana terbukti jika diri penuh dengan kesumat, pasti tidak akan ada kesudahan sampai bila-bila. Memutuskan ikatan ukhwah merupakan satu perkara yang paling tidak disukai oleh Allah SWT kerana terbukti Nabi Muhammad SAW sendiri telah menjelaskan bahawasanya umat Islam itu adalah bersaudara.

Saling maaf-memaafkan merupakan satu langkah yang rasional dan paling produktif dalam menyelamatkan perhubungan dan rasa cinta antara satu sama lain kekal utuh. Semoga dengan menjadi manusia yang sabar dan tidak pernah cepat melatah akan menjadikan kita seorang yang dipandang mulia disisi masyarakat hendaknya dan Tuhan Maha Pencipta.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge