KENAPA HARUS PERGI

hanya-mahu-kamu

Janganlah tinggalkan saya dengan anak dekat KL ini bang. Macam mana kehidupan kami anak beranak hari-hari bila abang takde kat sini? Abang tau kan abang kena pergi kem kat Negeri Sembilan tu lama sampai 6 bulan.

Apa-apa jadi dekat kitorang nanti macam mana? Dah lah nanti dorang bagi abang pegang telefon pun jarang-jarang kat sana. Lagi lah susah kitorang nak berhubung dengan abang.

Sebelum ini dah okay dah kerja abang dekat Mac Donold itu. Abang pun bukannya staff biasa kat situ. Dah pangkat pengurus dah pun. Dah dekat 2 tahun dah abang kerja. Orang pun ramai yang dah selesa dan suka dengan cara kerja abang.

HANYA MAHU SENTIASA DISISI

Sampaikan abang nak dinaikkan pangkat lagi tinggi kalau kriteria yang syarikat tetapkan abang berjaya capai. Abang sendiri yang semangat bagitau dengan saya haritukan?

Saya tengok abang happy betul sampai abang lambung-lambung anak kita sebab abang terlampau gembira. Siap abang belikan dia mainan lagi dekat kedai Toys Ar Us.

Saya pun tumpang happy masa itu tapi tiba-tiba je abang berubah fikiran dan tak nak teruskan kerja kat situ. Abang nekad nak tukar kerjaya abang dan masuk ke dalam bidang yang abang tak pernah ada pengalaman langsung.

Abang nak kena mula daripada bawah balik dan ambil masa nak sesuaikan diri dengan cara kerja. Mana dengan latihan lagi yang abang nak buat, suasana kerja itu tak sama langsung dengan kerjaya abang sebelum ini.

KASIHAN PADA ANAK

Saya ini bang, bukannya apa. Yelah, saya faham juga abang nak kan kerja dengan kerajaan itu. Selaku isteri saya tau tugas saya memang kena sentiasa sokong apa saja kerja yang abang buat.

Saya tak boleh sekali-kali nak halang apa yang abang tengah rancangkan untuk masa depan keluarga kita. Abang lagi tau nak pilih yang mana betul dan tak betul.

Tapi bang, abang bayangkan lah ya. Kita kan dah ada anak kecil. Anak kita ini baru je umur 2 tahun bang. Tak kesian ke kat dia ni baru je nak merasa kasih sayang daripada seorang ayah dia.

Anak kita ini baru je pandai jalan bang. Sekarang ini abang dah pergi tinggalkan dia. Lepas ini kalau abang kena keluar bekerja sampai bertahun-tahun tak balik, abang bayangkan macam mana dengan keadaan dia.

SEPI DIKALA SENDIRI

Lagi satu bang, abang pun tau kan saya ini baru je mengandungkan anak kita yang kedua. Hari-hari saya alami alahan yang teruk bang. Sampai kadang saya tak boleh nak tidur malam dan terpaksa menanggung kesakitan saya ini sorang-sorang tanpa abang kat sebelah saya.

Hari-hari saya hanya mampu menangis je bang dan mengharapkan semua penderitaan yang saya alami ini sikit-sikit hilang. Waktu-waktu macam ini saya memang perlukan sangat-sangat abang ada kat sebelah saya dan bagi semangat kat saya supaya saya kuat untuk nak hadap fasa yang mencabar ini.

Setiap hari saya berdoa supaya abang diberi kesihatan yang baik kat sana, sentiasa dilindungi dan balik ke pangkuan kitorang dengan selamat tanpa ada sebarang berita yang kitorang tak nak dengar.

JANGAN TINGGAL LAGI

Bang, saya nak abang tau, kalau boleh abang jangan lah tinggalkan kitorang lagi kat sini. Tak lama lagi anak kita yang kedua nak lahir. Saya tak tau macam mana nak jaga dorang berdua nanti kalau abang takde.

Sakit pening kitorang nanti, siapa yang nak ambil berat. Tak mungkin saya nak kena pergi ke rumah keluarga selalu dan minta tolong dengan dorang. Takpe bang, kalau abang betul dah nekad taknak kerja kat restoran makanan segera itu lagi, abang kerja kat tempat lain pun takpe bang.

Saya tak kisah berapa gaji abang satu bulan. Yang penting kita anak beranak boleh makan dan ada tempat nak berteduh pun dah okay dah dan abang pula boleh selalu ada dengan kitorang tak payah nak berjauhan macam ini lama-lama.

PULANGLAH SEGERA

Kalau takde company yang nak bagi abang kerja, saya sanggup tolong abang meniaga nasi lemak tepi jalan pun takpe bang. Saya tak kisah kalau saya kena ikut abang hari-hari pergi meniaga asalkan abang ada kat sebelah saya.

Anak-anak pula boleh nampak abang hari-hari. Saya takut nanti bila abang tinggal kan dorang lama-lama, anak kita dah tak rapat dengan abang. Tak kenal abang. Nangis bila abang dekat dengan dorang.

Abang saya harap sangat abang dapat dengar luahan hati saya ini ya. Saya berdoa agar hubungan kita suami isteri sentiasa dalam rahmat Allah Taala. Setiap kali lepas solat je saya selalu doa supaya Allah lembutkan hati abang dan permudahkan urusan abang selalu.

Abang jaga diri baik-baik ya. Doakan juga saya kat sini supaya anak kedua kita yang saya kandungan ini diberi kesihatan yang baik dan membesar sihat jadi anak yang berbakti untuk mak ayah dia.

I love you abang, please come back to us okay. Kami semua rindukan abang…

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge