Kenapa Honda City 2020 berbaloi untuk dimiliki?

honda-city-2020

2-3 hari ni aku ada bermesej dengan sahabat-sahabat baru yang sama-sama berminat dengan kereta honda city ni. bagi aku ni satu suasana yang baik bila dapat input-input dan knowledge baru berkenaan dengan kereta honda ni. terus terang aku tak tau sangat pasal kereta ni.

sebelum ni memang tak pernah terbayang pun nak pakai kereta honda, sebab masa tu nak submit loan saga pun tak lepas. hihihi. alahai ingat balik kenangan 2 tahun lepas punya cerita. so, hasil perbualan kitorang dalam grup whatsapp ada beberapa point yang aku dapat tangkap.

pertama dorang cakap, kereta honda city terbaru ni memang sangat jimat minyak. aku tak berapa ingat berapa dia punya fuel consumption tu, benda ni melibatkan fakta takut salah info. daripada apa yang diceritakan, kalau kita isi minyak kereta penuh-penuh, kilometer yang kita dapat memang jauh.

so daripada situ dah boleh agak, kereta ni memang salah satu pilihan kenderaan yang memang kita boleh bawa hari-hari. sesuai lah nama dia honda city ataupun ada setengah orang panggil honda bandar, kita boleh bawa kereta ni kemana saja kita nak pergi, jauh ataupun dekat.

kedua kereta ni memang sangat selesa untuk kegunaan family. aku dah masuk dalam kereta honda city baru ni minggu lepas, dan aku tak nafikan tempat duduk bahagian pemandu tu memang sangat sedap lagi-lagi aku ni memang badan besar sikit berat 80 kilo.

bila duduk tu terus terasa seat tu ikut bentuk badan aku. dan untuk orang yang duduk kat belakang, dia punya gap antara penumpang dengan tempat duduk depan tu agak besar, so kita boleh melunjurkan kaki ke depan. 2 orang duduk memang selesa sangat, siap ada aircond belakang lagi tu.

ketiga dan benda yang paling di highlightkan yelah harga. untuk sebuah kenderaan yang selesa dan jimat minyak macam ni, harga tawaran untuk honda city varian v ni sangat berpatutan untuk kereta segmen b. aku perasan harga pesaing untuk kereta ni lebih kurang hampir sama.

so bagi aku, daripada segi harga tak menjadi isu sebab nak dekat sama je. cuma daripada segi feel dan keseronokan tu, kut mana pun korang kena test bawa dan rasa sendiri sama ada kereta tu betul-betul menepati ke tak dengan selera dan citarasa korang. bagi aku kereta ni memang dah terbaik sangat.

apa-apapun pilihan tu sentiasa ada. perkongsian kali ini, aku harap boleh bantu untuk korang buat keputusan sama ada nak ambik ke taknak ambik kereta honda city 2020 terbaru ni. jap, sebelum aku tutup cerita, aku nak share satu benda. yang ni aku perasan masa kat showroom haritu,

kereta honda city ni kan, dia punya design tu dah macam seakan-seakan honda civic. siapa tak kenal honda civic, antara kereta yang paling banyak terjual dekat pasaran malaysia sekarang ni. fuh memang bukan biasa-biasa geng. v spec siap boleh start enjin daripada luar kereta tu. memang terbaik.

apa pun cepat booking slot test drive kereta ni sekarang okay. kalau tinggal dekat area semenyih, boleh roger aku kat whatsapp ni. aku boleh tolong setkan appointment test kereta.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge