Kenapa kena berkawan dengan si penjual minyak wangi

jangan-hidup-tanpa-kawan

Masa kecil-kecil dulu ustaz kat sekolah selalu ceritakan tentang hadis Rasulullah SAW. Ada banyak, tapi ada satu yang aku ingat sampai sekarang dah besar ni.

Pengajaran daripada hadis tu, kalau kita berkawan dengan si penjual minyak wangi, badan kita akan selalu berbau wangi. Kalau berkawan dengan tukang besi, badan kita sentiasa bau besi.

Kawan cermin diri kita

Daripada hadis ni jelas sangat betapa pentingnya kita kena pandai pilih kawan. Dalam dunia ini ada macam-macam jenis manusia. Ada yang baik dan ada yang tak baik.

Kalau kita berkawan dengan orang baik, secara logiknya kita akan lebih ke arah perkara-perkara yang baik. Kita akan jaga daripada segi perwatakan dengan tingkah laku.

Jangan tersalah pilih kawan

Berkawan dengan orang yang tak tentu hala, perangai kita akan jadi buas, nakal dan liar juga. Kita akan jadi manusia yang jenis takde nak hormat orang, suka buat perangai gila.

Lebih pada pentingkan diri sendiri dan taknak dengar cakap orang lain. Yang lagi teruk, bila kau salah pilih kawan, kau akan jadi orang yang dah tak boleh nak di kawal dah.

Silap percaturan

Aku ada seorang kawan dulu, dia ni baik orang dia. Tapi entah macam mana, satu hari tu dia putus cinta dengan awek yang dia betul-betul sayang. Frust menonggeng babe member ni.

Kau tau dia buat apa. Nak lepaskan perasaan geram dia tu, dia pergi campur dengan budak-budak lorong belakang. Pastu dia pergi ambil benda-benda yang terlarang.

Akibat yang tak tertanggung

Sampai satu tahap dia ini dah jadi macam orang mental. Badan dia jadi kecut, pipi muka dia sampai dah terkeluar tulang sebab kurus sangat. Kesian masa aku jumpa dia.

Itu lah penangan akibat salah pilih kawan. Masa jumpa last tu aku tengok dia memang dah tak macam orang dah. Apa pun sentiasa jaga hubungan kita dengan Tuhan Maha Pencipta.

Doa supaya Dia pelihara kita semua dan sentiasa dalam lindungan Nya. Amin ya rabb…

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge