Kenapa kena buat kerja dalam team?

rakan-pasukan

Ni topik yang best aku nak share. macam ni cerita dia. aku dulu pernah rasa macam mana niaga, duduk kat kedai sorang-sorang. buka kedai sorang-sorang, kemas barang sorang-sorang. buka payung khemah sorang-sorang. tutup kanopi sorang-sorang. lipat kanvas sorang-sorang, boleh kata banyak benda yang aku buat sorang-sorang masa tu. bukan lah takde orang tolong langsung. cuma masa tu papa niaga kat tempat lain, so aku kat tapak lain.

lepas papa dah ajar aku macam mana nak set up tapak apa semua, aku pun buat sendiri je lah kat chowkit dulu. so bila niaga sendiri ni aku perasan yang kadang aku ni lagi banyak menung daripada banyak fikir macam mana nak improvekan lagi bisnes aku. walaupun aku istilah dia boleh kata berniaga sendiri, tapi macam aku ni ibarat kerja dengan orang. blur tak tau nak buat apa.

bila aku dah duduk dalam bidang sales business ni, baru aku perasan yang bila kita niaga ni kita tak boleh nak buat sorang-sorang. sebab apa? bila kita buat kerja sorang-sorang, kita akan cepat down. bila kita down kita tak tahu nak cari siapa untuk nak naikkan balik semangat kita. tu pasal bila kita down dan tak tau nak cari siapa, lama-lama kita akan rasa susah dengan bisnes yang kita dah buat tu, lepas tu kita pun tukar pergi buat bisnes lain pula. sampai ke sudah macam tu je.

bila kita buat kerja dalam team ni, kita akan ada banyak idea yang datang setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, jadi kita sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. bila kita buat kerja sorang-sorang, lama-lama kita akan tepu dan tak tau nak buat macam mana lagi dah. sedangkan mungkin. masalah yang kita tengah hadap tu ada orang lain dah pernah hadap dan tau macam mana nak selesaikan masalah tu.

lagi satu, bila kita buat kerja dalam team, secara tak sedar kita akan lebih cepat belajar berbanding dengan kita buat sorang-sorang. tapi benda ni bergantung atas diri kita sendiri juga lah. kalau kita asyik nak kena suapkan je, sampai bila-bila tak tahu macam mana nak berdikari. bekerja dalam team ni lah salah satu peluang yang kita tak boleh lepaskan dan peluang untuk kita cepat improvekan lagi kita punya skill jualan.

sebab tu sekarang ni aku selalu bagitau dengan kawan-kawan dalam team aku sendiri, jangan lah buat kerja sorang-sorang. kalau kita decide nak buat kerja sorang-sorang juga, kena tunjukkan lah bukti dan achivement apa yang dah dapat hasil daripada buat kerja sorang-sorang tu. memang susah, aku sendiri dah pernah lalui dah sebelum ni. so hargailah rakan pasukan kita sendiri. sebab kejayaan yang kita dah dapat sekarang, takkan sama hasil dia kalau kita buat sendiri je.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge