Sebelum ni aku selalu anggap hubungan antara kita penjual ni dengan pelanggan ibarat macam dalam drama tu lah. Kena skema, tutur bahasa kena tertib sepatah-sepatah bila bercakap.
Rupanya bila aku dah dalam bidang sales ni lain sebenarnya cara dia. Yang paling baik bila kita jadi diri sendiri je. Macam tu je dah boleh buat pelanggan mesra dan senang terus selesa dengan kita.
Aku dulu masa mula-mula buat sales pun tak tahu juga benda ni. Bila dah banyak kali jumpa pelanggan rupanya dorang suka dilayan macam kawan-kawan je. Customer rasa lebih dekat dan lebih mudah nak terima apa yang kita deliver.
Paling best bila kita suka ambil berat pasal pelanggan. Mereka juga pun manusia biasa, perlukan perhatian yang lebih daripada kita. Sebab tu penting kita kena ambil tahu tentang masalah pelanggan kita.
Supaya kita boleh tolong masalah mereka dengan menjual produk yang boleh membantu pelanggan. Masa tu mereka akan berterima kasih kepada kita sebab dah jadi solution provider kepada masalah tu tadi.
Percayalah, bila hubungan yang sejenis macam ni terbina antara kita dan pelanggan, mustahil kita akan bersahabat setakat tu je. Dah tentu kita akan jadi kawan baik sampai lah bila-bila. Indahnya silaturahim.
Takde apa yang lebih buatkan kita gembira. Kepuasan hati customer lebih indah daripada apa yang kita sangka.
Artikel menarik untuk anda:
Kenapa awak kena beli barang saya?
sebelum ini aku tak nampak. aku ingatkan bila seseorang tu beli barang yang aku jual sebab barang itu sendiri. sebenarnya bukan sebab…... Baca selanjutnya »
Pentingnya bina hubungan dengan pelanggan dan bakal pelanggan
Tadi masa aku jumpa partner dalam business yang aku usahakan sekarang ini, aku tanya susah ke nak buat jualan. Dia bagitau aku…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa kena pandai pilih kawan bila berniaga
Dunia bisnes ni memang mencabar. Salah jumpa orang tak pasal-pasal boleh melingkup bisnes yang kita tengah duk buat. Ada yang kita nampak…... Baca selanjutnya »
Kenapa kena buat kerja dalam team?
Ni topik yang best aku nak share. macam ni cerita dia. aku dulu pernah rasa macam mana niaga, duduk kat kedai sorang-sorang….... Baca selanjutnya »
Kenapa penting kena bekerja dalam team
Aku pernah kerja sorang-sorang. Memang tak best. Kalau down tak tahu nak cerita kat siapa. Menung je tengok baju-baju yang aku jual…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions