Kenapa kena luangkan masa dengan mak ayah sementara masih ada kesempatan?

keluarga-kesayangan

ada orang kadang-kadang tu terlampau kejarkan bisnes ataupun kerja. sampai dia dah tak ingat dengan mak ayah dia kat kampung. ada je alasan bila mak ayah suruh balik. tak dapat cuti lah, boss marah lah, kedai takde orang tengok, sales lari, macam-macam lagi lah. takut sangat dengan kerja takkan ada kesudahan.

aku cakap macam ni sebab aku sendiri lalui apa yang aku cerita ni. kalau mak ayah aku ajak pergi jalan ke mana-mana, dulu memang aku takkan ikut. sebab aku cakap dengan mak ayah aku yang aku nak niaga. sayang nak tinggalkan kedai kalau cuti sehari. rasa macam ada orang nak borong je barang aku masa aku cuti tu nanti. padahal takde pun.

dalam bisnes yang aku buat sekarang ni, alhamdulillah. takdelah lagi aku nak takut-takut kalau per aku pergi bercuti. sebab bisnes yang aku buat sekarang ni boleh online je. so kat mana-mana pun aku boleh kerja asalkan ada line internet je. syukur salah satu kelebihan bisnes yang aku buat sekarang ni lebih fleksibel tak sama macam dulu.

yelah bukan apa, aku perasan mak ayah aku makin hari makin tua. memang lah kita perlu duit untuk belikan apa-apa yang mak ayah kita nak, dan percaya atau tak mak ayah kita bukan nak sangat barang yang kita belikan untuk mereka. ada benda yang lagi besar yang mungkin kita tahu, tapi kita suka ambil sambil lewa dan ambil mudah benda ni.

tak lain, apa yang mak ayah kita nak daripada kita hanyalah MASA kita bersama mereka. makin hari umur mereka makin meningkat naik. masa ini mak ayah kita dah tak perlukan sangat harta benda pangkat darjat ni semua. apa yang mereka nak, anak-anak cucu cicit sentiasa ada bersama mereka tak kira masa. itu je. walaupun nak apa-apa perlukan duit, tapi masa bersama mereka sangat mahal dan takkan boleh dibeli dengan berapa quadrillion duit pun.

percayalah, berapa ramai yang dah kehilangan ibu bapa, andai dibagi kesempatan untuk patah balik berjumpa mereka walaupun saat, sanggup untuk menukarkannya dengan nyawa sendiri asalkan dapat beri kucupun kasih buat sekali lagi. tapi semua itu dah tentu mustahil dan tak mungkin orang yang dah meninggal dunia boleh hidup balik.

hargailah selagi masih ada masa bersama mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge