Bila kelam kabut buat kerja, kita akan cepat hilang fokus. Ni bahaya bila kita buat sales. Sebab apa? Kalau kita dah hilang fokus, kita akan lari daripada niat asal kita tadi berniaga ni sebab nak tolong selesaikan masalah customer.
Kena ingat, bila nak meniaga ni kita takleh nak fikir side kita je, tapi kita nak kena fikir juga side pelanggan kita. Tak adil lah bila niaga fikir nak untung kita je. Sampaikan kita sanggup tipu pelanggan dan pusing-pusing bila bercakap sampaikan dorang pening.
Bila customer terpinga-pinga tak faham, kita pun terus zassssss… Ambil detail customer dalam keadaan mereka pun tak faham lagi macam mana produk kita boleh selesaikan masalah dorang. End up, bila dah beli, lagi teruk masalah customer bukannya selesai, tapi makin bertambah-tambah lagi.
Jangan buat macam ni. Dengan customer kita transparent betul-betul. Ada benda yang boleh, kita cakap boleh. Jangan benda yang tak boleh pun kita cakap boleh gak. Tu menipu namanya. Ada benda yang customer tak faham, kita cuba kawal dan jelaskan satu persatu sampailah faham.
So bagi aku ketenangan ni tak boleh beli. Orang yang lalui je yang boleh rasa. Walaupun sorang fighter kental, tetap takkan lari daripada masalah yang sama. Jadi kena sentiasa ingat tujuan kita kenapa nak buat sales. Untuk siapa kita buat? Untuk ubah kehidupan keluarga lebih baik daripada sebelum ini.
Perlukan sesi one to one coaching, bagitau je. Insha ALLAH, aku sedia nak dengar dan bantu selesaikan masalah . Apa pun kita berusaha, buat part kita. Dapat tak dapat hasil tu bukan bidang kita dah. Itu kerja Tuhan. Semoga bermanfaat artikel kali ni. Nak tidur dah. Dekat pukul 12. Rehat kena cukup ya.
Salam.
Artikel menarik untuk anda:
Kenapa awak kena beli barang saya?
sebelum ini aku tak nampak. aku ingatkan bila seseorang tu beli barang yang aku jual sebab barang itu sendiri. sebenarnya bukan sebab…... Baca selanjutnya »
Apa nak buat bila gagal capai target sales?
Ada ramai orang yang kecewa bila tak dapat capai apa yang dorang dah target. Contoh macam dalam bisnes yang aku buat ni….... Baca selanjutnya »
Apa nak buat bila sales tak banyak?
Aku tau mesti ada yang tengah struggle sekarang ni. Dah tak tahu dari mana lagi nak dapatkan sales yang banyak. Apa cara…... Baca selanjutnya »
Kenapa kena buat kerja dalam team?
Ni topik yang best aku nak share. macam ni cerita dia. aku dulu pernah rasa macam mana niaga, duduk kat kedai sorang-sorang….... Baca selanjutnya »
KENAPA SALES SUSAH MASUK?
Pening weyh bila kau dah buat macam-macam cara, tapi still lagi susah nak dapatkan sales itu. Apa je aktiviti yang kau tak…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions