Kenapa penting kena bekerja dalam team

IMG-20200907-WA0366

Aku pernah kerja sorang-sorang. Memang tak best. Kalau down tak tahu nak cerita kat siapa. Menung je tengok baju-baju yang aku jual dulu. Beza sangat dengan bisnes yang aku buat sekarang. Support daripada kawan-kawan.

Bila tengah takde sales, dorang datang kat aku tanya kau macam mana. Aku cakap aku tak okay. Team akan bagitau kau kena kuat. Kuat bukan untuk diri sendiri tapi kuat untuk keluarga yang ada kat belakang aku. Tanggungjawab aku.

Waktu niaga tengah naik, team jugaklah yang selalu pesan supaya jaga-jaga. Jangan terbang ke awangan sangat. Takut nanti jatuh terduduk tak bangun-bangun. Siapa yang teraniaya, yang kat belakang kita tu lah nanti. Mak ayah, suami isteri, anak-anak.

Paling penting sekali ukhuwah lah. Bila dah kerja dalam team, susah senang kita lalui sesama. Sebab hubungan yang kita bina ni bukan setakat untuk hari ni je, tapi nak berkekalan sampai akhir hayat. Berjaya bukan setakat kat dunia, tapi berjaya kat akhirat juga. Itu yang lebih baik.

So kalau kata sekarang ni memang tengah down, bisnes tak jadi, team tak support apa yang kita duk buat, jangan simpan peram dalam hati. Roger lah aku. Insha ALLAH aku tolong macam mana nak selesaikan masalah yang tengah hadap tu. Aku bantu bagi idea macam mana nak buat.

Team aku ni belum besar lagi. Tapi cukup untuk terima sesiapa je yang nak bekerjasama dan nak sama-sama growth dengan aku. Bisnes yang aku usahakan dalam 2 tahun ni dah mula menuai hasil yang baik. Sekarang ni tanggungjawab aku untuk bantu orang lain pula. Contact, aku bantu.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge