Aku tak nafikan ramai orang yang kadang-kadang tu ambil mudah tentang penjagaan kereta. Aku pun tak terkecuali juga. Mungkin disebabkan masa-masa tertentu sibuk dengan urusan kerja setiap hari kat luar sana.
Sampaikan terlupa untuk mengambil berat tentang pentingnya kereta kita sentiasa dalam keadaan bersih dan wangi. Ini pun boleh jadi satu pengajaran untuk diri aku juga yang mungkin ada bersikap sambil lewa.
Kereta ibarat cermin kepada tuannya
Bila kereta kita dalam keadaan bersih dan wangi, dalam masa sama ianya juga menjadi cerminan kepada pemilik tuan punya kereta. Jangan tak tau kereta yang tidak bersih mungkin memberi maksud sesuatu kepada orang sekeliling.
Aku pernah ditertawakan akibat ambil mudah tentang penjagaan kereta ini. Kemudian baru aku sedar rupanya, daripada keadaan kereta itu sendiri boleh tau yang tuan punya kereta tu sedang bergelut dengan masalah sehingga mengabaikan kebersihan keretanya.
Memberikan kesan kepada mereka yang berada di dalam kereta
Ada kala kereta kita mungkin ditumpang oleh rakan ataupun keluarga untuk ke tempat yang mereka nak pergi. Bila kereta dalam keadaan yang berbau, sudah tentu boleh menimbulkan perasaan kurang seronok kepada mereka yang berada didalamnya.
Kereta yang wangi memberikan satu prasangka yang baik kepada diri kita sendiri. Betapa kita dihargai orang lain apabila mengamalkan sikap yang lebih bertanggung jawab dan memastikan orang lain sentiasa selesa untuk bersama dengan kita.
Ramai orang menghabiskan banyak masa di dalam kereta
Kereta yang wangi juga boleh membuatkan emosi kita sentiasa dalam keadaan tenang. Kebanyakan orang menghabiskan banyak masa berada di dalam kereta tak kisahlah sama ada sebab pergi ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja destinasi.
Mungkin kita sedar yang mana jalan raya utama di bandar besar sentiasa dalam keadaan sesak disebabkan terlampau banyak kereta. Bila kereta dalam keadaan bersih dan wangi, sudah tentu boleh membantu meredakan ketegangan bila berada di dalamnya.
Berbelanja demi kereta kesayangan
Ini tiga sebab kenapa pentingnya kita kena pastikan kereta sentiasa dalam keadaan wangi. Tak salah pun sebenarnya berbelanja lebih sedikit semata-mata untuk pastikan kereta kesayangan kita sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa.
Ada banyak pilihan minyak wangi kereta yang boleh kita dapatkan kat pasar raya. Ikut pada citarasa masing-masing. Tak perlu beli yang mahal pun takpe yang penting sekali, ada satu pun dah cukup. Jangan terlampau obses pula dengan minyak wangi.
Nanti pening pula bila orang tumpang kereta kita.
Artikel menarik untuk anda:
Rasulullah SAW sangat menyukai minyak wangi dan wangi-wangian
Semalam aku ada dengar satu video ceramah Kat YouTube. Macam biasa waktu malam bila semua kerja-kerja follow up customer dah settle, aku…... Baca selanjutnya »
Pengalaman pertama kali nampak ‘Diffiuser’ dan berbau sangat wangi
Haritu aku pergi ke showhouse gallery untuk sign agreement rumah yang aku beli. Dalam galeri tu memang dah ada rumah contoh bentuk…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa perempuan suka lelaki wangi
Masa aku tengah mandi petang tadi, tiba-tiba ada soalan keluar dalam kepala aku. Entah kenapa aku terfikir, kenapa perempuan suka lelaki yang…... Baca selanjutnya »
Kenapa perlu pakai minyak wangi dirumah
First sekali artikel ini aku rasa sesuai untuk yang dah berkahwin. Mungkin nampak macam kelakar, kenapa kena pakai minyak wangi dalam rumah…... Baca selanjutnya »
Kenapa kena berkawan dengan si penjual minyak wangi
Masa kecil-kecil dulu ustaz kat sekolah selalu ceritakan tentang hadis Rasulullah SAW. Ada banyak, tapi ada satu yang aku ingat sampai sekarang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions