Kenapa perlu pakai minyak wangi dirumah

cinta-indah-bila-saling-menghargai

First sekali artikel ini aku rasa sesuai untuk yang dah berkahwin. Mungkin nampak macam kelakar, kenapa kena pakai minyak wangi dalam rumah pula kan.

Lagipun isteri tu dah jadi halal pun sebagai pasangan hidup. Biasanya nak kena wangi-wangi ini masa bercinta sebelum kahwin je. Dah kahwin belasah je busuk pun takde hal.

Sentiasa berusaha beri yang terbaik untuk pasangan

Tak boleh macam tu. Sepatutnya bila dah kahwin ini lagi lah kena ambil berat dengan pasangan hidup kita betul tak? Sebab setiap hari kita akan tengok muka yang sama.

Salah satu cara untuk mengekalkan hubungan antara suami isteri tu bahagia selalu adalah dengan memakai wangi-wangian dalam rumah terutama sebelum nak tidur.

Mengembalikan nostalgia kenangan cinta awal dulu

Masa ini lah nak kembalikan balik kehangatan sama macam masa mula-mula kahwin dulu. Mungkin ada yang dah 10 tahun dah berkahwin atau yang dah 20 tahun berkahwin.

Bukan apa, kadang lupa untuk nak ambil berat hal antara satu sama lain disebabkan sibuk sangat dengan kerjaya. Sampai kadang lupa nak jaga hati masing-masing.

Ikatan jadi lebih hebat dan menggembirakan

Dengan memakai minyak wangi, secara tak langsung akan kembalikan balik keghairahan dan keintiman. Ini perkara penting dalam menjaga perhubungan supaya kekal lama.

Suami isteri yang tak ambil berat tentang hal menyemai kasih dan sayang ini sampai satu tahap boleh menjejaskan ikatan perkahwinan yang dah dibina sekian lama.

Takkan cari yang lain dah

Minta dijauhkan daripada perkara yang tak diingini. Jadi memang nak sarankan untuk pasangan berkahwin supaya cuba praktikkan pemakaian minyak wangi dalam rumah ini

Terutama sekali bagi pihak isteri. Percayalah, hubungan kalian lepas ini mesti jadi lagi hebat dan mantap. Masa itu si suami dah takde masa nak fikirkan perempuan yang lain.

Sebab dia sentiasa sedar isteri dia lah yang paling terbaik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge