Kenapa pilih kereta Honda City 2020 ni warna hitam?

IMG-20201114-WA0026

Haritu ada sorang brother pm aku tanya dan minta pendapat. Kalau nak beli kereta ni warna hitam okay tak? So aku explain kenapa aku pilih warna hitam untuk kereta sedan pertama aku ni.

Satu aku pilih warna hitam sebab nampak maskulin. Lelaki dengan warna hitam ni memang tak boleh dipisahkan. Nampak lagi kemas dan lebih macho. Warna lain pun okay tapi hitam untuk aku lebih nampak hensem.

Kedua aku pilih warna hitam ni sebab walaupun kita biarkan dia standard takde modified apa-apa pun dah nampak ranggi. Kalau dah tinted hitam, tukar rim tambah skirting lagilah power.

Sesuai lah untuk lelaki umur awal 30an macam aku ni. Lagipun kereta ni aku buat berniaga. Bila aku pilih warna hitam dia punya wow factor ataupun daya penarik tu lebih tinggi daripada warna lain.

Ni pendapat aku je, dan bukan nak kata warna lain tak okay ea. Honda City ni ikutkan warna apa pun lawa sebab design dia memang cun melecun habis. Dan pemilihan warna ni atas kemahuan aku sendiri.

Ketiga dan yang paling buatkan aku nak pilih warna hitam ni sebab aku memang dah lama berangan nak pakai kereta sedan warna hitam. Ala-ala macam knight rider lah konon-kononnya.

Kalau boleh semua aku nak bagi warna hitam. Biar kalau malam tu bergerak atas jalan raya nampak cam misteri dan orang tertanya-tanya siapa dalam kereta tu. Hahaha.

Kuat berangankan aku ni. Apa-apapun tak kisah korang ambil kereta warna apa, yang penting kita pilih kereta yang sama. Serius aku cakap, Honda City 2020 ni kereta paling berbaloi pernah aku beli.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge