KENAPA SALES SUSAH MASUK?

tak-nampak-kesalahan-sendiri

Pening weyh bila kau dah buat macam-macam cara, tapi still lagi susah nak dapatkan sales itu. Apa je aktiviti yang kau tak buat. Pergi pacak lah, pergi rambo depan bank lah, ketuk pintu rumah orang lah, pergi buat meja ke meja lah. Ada yang main online spend beribu-ribu tapi tak boleh nak closed sale.

Masa ini dah mula lah marah-marah kata prospek ini taknak beli lah, prospek ini tak mampu nak beli barang kau jual lah, semua orang dah beli produk yang aku jual ini. Kau terus rasa emo lepas itu kau salahkan semua orang yang ada kat sebelah-sebelah kau. Habis kau ngumpat kata dia ini tak nak ajar lah, dia ni taknak tolong. Dia pentingkan diri dia sendiri je,

BINA HUBUNGAN

Situasi macam ini memang dah selalu sangat jadi bila kau dalam bidang sales ataupun dalam bidang niaga lah senang orang cakap. Tapi kau tau tak sebenarnya kau tak perasan punca semua itu jadi sebabkan diri kau. Ya, sebab kau! Bukan sebab orang lain. Kau selalu rasa diri kau betul tapi sebenarnya banyak gila kesalahan yang kau dah buat dalam kau tak sedar.

Bila dalam berniaga ini paling penting sebenarnya bukan setakat macam mana kau bina hubungan dengan Maha Pencipta, itu dah kira memang wajib lah, tapi macam mana kau bina hubungan kau sesama manusia. Dengan prospek itu semestinya lah, tapi kau kejar sangat sales sampai kau terlupa macam mana nak tune hubungan kau balik dengan orang yang paling rapat dengan kau.

HALANGAN DALAM REZEKI

Kau tau siapa? Dengan anak kau, dengan mak kau dengan pasangan kau. Serius babe, ini bukan perkara remeh temeh yang kau boleh anggap main-main okay. Benda ini pernah berlaku dekat aku dan aku pernah alami sendiri benda ini. Bila kau tak jaga betul-betul hubungan kau dengan dorang ini, percayalah rezeki kau mesti akan sangkut punya.

Dia macam ada satu halangan tau antara rezeki itu dengan kau. Bila kau langsung tak nak ambil kisah ataupun ambil peduli dan kau hanya fikir kan pasal diri kau semata-mata masa itu hadangan itu makin lama makin kuat. Makin lama kau rasa yang dunia kau ini terasa sempit gila lah. Sampaikan kau sendiri rasa sesak nafas sedangkan kau sihat je. Kepala otak kau akan jadi kusut gila dan tak tau nak buat macam mana lagi.

HUBUNGAN DENGAN ANAK

Kau pernah kan contoh dalam situasi macam ini. Kau bagitau anak kau kan yang kau nak beli mainan yang dia minat. Tapi sampai masa yang kau sepatutnya beli mainan dorang itu tapi kau tak beli. Dan kau anggap anak kau itu kecik lagi dan semestinya dia akan lupa. Lepas itu kau rasa kau dah berlepas diri tak payah beli dah mainan tu.

Salah bro kalau kau anggap macam itu. Kau kena ingat memang anak kau tak tau apa-apa. Tapi sebenarnya the moment yang kau declare bagitau kata nak hadiahkan untuk anak kau itu, Allah nampak sebenarnya apa yang kau dah janjikan. So nak tak nak kau kena tunaikan lah. Tak kesian ke tengok kat dia.

Dulu masa belum lahir macam-macam yang kau plan nak belikan untuk dia. Tapi bila dia dah lahir kau anggap dia macam menyusahkan hidup kau pula. Dok minta itu ini dengan kau. Kau terus jadi rimas sedangkan kau bekerja untuk bahagia kan dorang anak-anak

HUBUNGAN DENGAN ORANG TUA

Satu perkara lagi yang kau selalu terlepas pandang ialah hubungan kau dengan orang tua kau. Especially, mak kau sendiri. Pernah tak kau terlepas cakap dan rasa pendapat kau betul, lepas itu kau argue apa yang mak kau bagitau. Betul aku cakap, janganlah buat perkara yang macam ini. Apa pun yang mak kita bagitau, kita kena akur dan ikut apa yang beliau cakap.

Sebab ibu kita lebih tau diri kita sendiri. Andai kita ada apa-apa perkara yang perlu dijelaskan, bawalah berborak dengan lemah lembut. Jangan sekali-kali kau tinggikan suara kau dekat mak kau walaupun kau rasa kau betul. 2 kali aku ulang ini.

Once kau dah guriskan hati ibu kau, memang apa saja kerja yang kau buat mesti takkan tenang selagi kau tak cepat-cepat minta maaf. Dengan ibu jangan buat main-main sebab kuasa doa beliaulah yang boleh kan rezeki kita lancar macam air sungai yang mengalir.

HUBUNGAN DENGAN PASANGAN

Satu lagi perkara yang boleh menyebabkan sales susah nak masuk ialah bila isteri kau ada terasa hati dengan kau. Inilah punca sebenar-benar punca yang menyebabkan rezeki kau tak masuk.

Kau kata kau sibuk sangat dengan urusan kerja kau. Ke hulu ke hilir entah mana-mana pergi sampai lewat malam baru balik. Lepas tu tak bagitau lagi kau pergi mana. Bila dah balik rumah, kau marah-marah. Tengking-tengking anak sedangkan kepala kau stress target kau tak complete lagi.

Habis bergegar satu rumah kau mengamuk macam dunia nak kiamat. Sampaikan isteri kau hidang air minum kat kau pun kau baling balik cawan tu nak menunjukkan yang kau ini macam penat gila buat kerja. Apa kau rasa isteri kau takde kerja yang dia buat kat rumah?

Kau ingat senang nak handle anak-anak kau yang 24 jam asyik meragam je tak berhenti. Isteri kau pun manusia juga bro. Dia pun ada perasaan yang kau kena jaga bukan kau main hentam kromo je. Kau tak ingat ke masa mula-mula bercinta dulu bukan main lagi kau nak ayat nak tackle dia. Tapi sekarang kau maki-maki dia tak tentu hala. Kesian isteri kau weyh. Cuba kau tengok balik diri kau.

PERBAIKI DIRI SENDIRI

Belum terlambat lagi kalau kau nak betulkan kesalahan-kesalahan yang kau dah buat sebelum ini. Takde manusia yang tak pernah buat silap. Kau sebagai lelaki kau mengaku jelah yang kau juga pernah buat salah. Pergi lah minta maaf balik dengan isteri kau. Bagitau dia yang kau baru tersedar rupanya kau sendiri yang menyebabkan situasi sekarang ini terjadi.

Kau betulkan balik diri kau, akui segala kesilapan kau, tunaikan tanggung jawab kau sebagai bapa kepada anak kau, sebagai anak kepada ibu kau, sebagai suami kepada isteri kau. Mudah-mudahan aku doakan moga rezeki kau lepas ini dan rezeki kita semua Allah permudahkan amin ya rabbal alamin. Takkan pernah ada istilah terlambat untuk berubah sampailah nyawa dah dihujung kerongkong.

Jangan sampai nasi dah jadi bubur.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge