KENAPA TAK LAKU

Lepak-makan

Tengah hari tadi aku makan nasi ayam di warung tepi jalan. Bila perut tengah lapar, semua makanan nampak sedap. Tapi bila dah sampai ke kedai makan, nasi ayam hainan ni juga yang dicari. Padahal berpuluh-puluh jenis lauk yang ada. Ada kambing bakar, ada sotong masak merah, ada ayam panggang dan macam-macam lagilah.

Bila dah terlampau banyak sangat makanan aku jadi rambang mata pula nak memilih. Biarlah asalkan perut aku kenyang, aku dah rasa gembira. Yang penting kena dengan selera, memang aku bedal saja. Ditambah pula dengan air kelapa sebiji dengan ais ini memang lega tekak rasanya. Satu kenikmatan yang membahagiakan bila perut dah terisi.

KENALPASTI

Aku melihat seorang lelaki yang duduk betul-betul dihadapan meja makan ku. Berbaju biru muda, berseluar hitam, berbadan sedikit gempal dan berkaca mata sedang menikmati makanan tengah harinya. Namun aku perasan sesuatu di riak wajah yang jelas kelihatan. Aku perhatikan wajah beliau sedikit sugul dan tidak gembira.

Aku dekat kan kerusi hampir dengan beliau. Mulanya aku seperti malas mahu ambil peduli tapi aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yang sedang bermain difikirannya. Aku memberanikan diri menegur lelaki tersebut untuk bertanyakan sesuatu kepadanya. Niatku hanyalah ingin berkenalan dan bertanya khabar.

KOMITED DENGAN KERJAYA

Ucapan salam ku disahut lemah. Aku tanyakan nama lalu beliau perkenalkan diri sebagai Selamy. Nasi yang dimakan oleh beliau sedikit sahaja yang bergerak. Hanya dicuit-cuit sahaja. Ketara nampaknya yang beliau sedang mengalami masalah. Aku cuba cungkil mana tahu ada sesuatu yang boleh ku bantu.

Lalu beliau menjelaskan yang beliau adalah seorang jurujual. Jualan beliau pada bulan ini merosot tetapi beliau tidak tahu kenapa perkara sebegitu boleh terjadi. Sedangkan setiap hari ada saja aktiviti yang dilakukan seperti pergi ke kiosk jualan, melakukan aktiviti ‘cold calling’ dan mengemaskini data-data pelanggan baru juga yang sedia ada.

PUNCA SEBENAR

Aku tanyakan beliau adakah sudah berkahwin? Beliau menjawab sudah beristeri dan mempunyai 2 anak. Aku tanyakan lagi, bagaimana hubungan beliau dengan isteri? Tiba-tiba beliau terdiam.
Mulanya beliau seperti tidak mahu menjawab namun bila melihat kesungguhan ku ingin membantu, beliau pun terus cerita.

Sebenarnya hubungan beliau dan isteri sedikit dingin sejak kebelakangan ini. Setiap hari beliau akan keluar awal pagi dan balik bila hari sudah lewat malam. Disebabkan itu, mereka selalu bergaduh di rumah sampai pecah pinggan kerana isteri rasa dirinya terabai, beliau terlalu sibuk dengan kerjaya. Anak-anak juga kadang kala dimarahnya bila mereka ajak bermain kerana bila balik beliau penat dan tiada mood dengan si kecil.

SOLUSI PENYELESAIAN

Jadi aku jelas kan kepada beliau mungkin dari situlah sebenarnya punca mengapa jualan beliau kurang mendapat sambutan. Mungkin kerana beliau tidak menjaga hubungan dengan isteri jadi keberkatan pada rezeki itu telah hilang. Aku menasihati beliau supaya pulang ke rumah segera lalu minta maaf lah kepada isteri dan anak-anak kerana telah mengabaikan mereka selama ini.

Selamy mula nampak kembali ceria, bersemangat dan berterima kasih kepadaku kerana telah mengingatkan beliau tentang perkara yang selama ini beliau tidak sengajakan. Beliau mulai sedar yang sebenarnya rezeki itu lebih berkat apabila kita dapat menggembirakan orang di sekeliling kita. Segera beliau menghidupkan enjin motosikal dan pulang ke rumah berjumpa dengan anak isteri.

Aku duduk kembali ke meja dan menghabiskan air kelapa yang masih bersisa. Sungguh, aku juga rindu senyuman isteriku. Tenanglah dikau disana dinda.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge