Kepentingan menjaga hati

photography-love-broken-heart-heart-wallpaper-preview

Hati manusia ni sentiasa berbolak balik. Ada satu masa tu kita akan semangat dan betul-betul nak buat sesuatu yang kita tengah usahakan tu. Tapi lama-lama bila kita dah buat benda yang sama hari-hari, kita dah start jadi boring.

Bila dah jadi boring tu mulalah kita kata aku buat ni tak boleh lah. Aku kerja ni tak boleh lah. Aku niaga ni orang taknak beli lah. Jangan cakap macam tu. Tak baik didik hati kita ni dengan benda-benda yang negatif macam ni.

Tahu tak sebab apa? Sebab bila kita ada perasaan yang macam ni, automatik kita sebenarnya tak bersyukur dengan peluang yang ALLAH SWT dah bagi kat kita. Setiap hari kita Kinta doa supaya dipermudahkan urusan dan dapat kerja yang baik atau bisnes yang baik untuk kita usahakan.

Tapi dalam masa yang sama, peluang yang kita duk ada ni kita sia-siakan sedangkan kita baru je di bagi rasa dengan sedikit ujian kesusahan. Macam mana ALLAH SWT nak bagi rezeki lebih kalau kita taknak usaha lebih sikit? Kena kerja lebih sikit kita merungut sana sini. Tak boleh macam tu.

Sepatutnya bila kita jumpa kesusahan, kita bersyukur sebab ALLAH SWT bagi peluang untuk kita lawan apa je yang susah tu. Supaya bila kita dah berjaya melepasi fasa susah tu, kita dah tak takut nak jumpa lagi sekali dengan kesusahan yang sama. Dan kita lebih yakin untuk hadap lagi macam-macam dugaan yang akan datang.

Didiklah hati untuk menerima apa saja perkara dengan terbuka. Takde nak simpan-simpan dan pendam perasaan sampaikan hati kita terluka. Kalau kata tak tahu nak luahkan pada siapa, luahkanlah dengan Tuhan Pencipta Alam pemilik hati kita semua ni. Insha ALLAH bila hati jadi tenang, kehidupan kita akan jadi lebih aman.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge