Kerana habuk tangan binasa

marah

Satu hari yang tenang, Abu sedang duduk di ruang tamu rumah beliau. Sambil menonton televisyen, Abu menghisap rokok dan berbaring di atas sofanya. Abu kepanasan.

Lalu Abu mengambil kipas berdiri yang berada di dalam bilik kemudian Abu letakkan di sebelahnya. Lalu Abu hidupkan kipas. Tak lama kemudian Abu berasa pelik.

Kenapa kipas ini macam tak rasa sejuk. Abu tekan suis tutup dan kemudian Abu perhatikan bilah kipas tersebut. Tebal betul habuk di bilah kipas itu. Baru Abu ingat.

Bersihkan habuk dengan sambil lewa

Sudah 2 tahun Abu tak pernah bersihkan bilah kipas tersebut. Pemalas rupanya Abu ini. Mungkin sebab itu kipas itu tak rasa sejuk. Abu dah mula pening nak bersihkan kipas.

Dalam keadaan terpaksa Abu pun buka klip kipas dan tanggalkan kesemuanya untuk dibersihkan. Habis penuh tangan Abu dengan habuk yang tebal itu. Abu malas nak basuh guna air.

Jadi Abu cuma bersihkan habuk itu dengan tangan sahaja. Kemudian Abu gumpalkan semua habuk itu dan buang ke dalam tong sampah. Lalu di pasangkan semula kipas itu.

Mula rasa gatal-gatal

Tanpa mencuci tangan, Abu teruskan aktiviti menonton televisyen. Abu lega sebab kipas itu dah mula rasa sejuk balik selepas habuk yang melekat tadi dibersihkan.

Tak lama, dalam setengah jam macam itu, tangan Abu mula gatal-gatal. Abu garu bahagian yang gatal. Mula-mula sikit je rasa gatal, lepas itu kedua-dua tangan Abu rasa gatal.

Abu pun kuatkan lagi garu dekat bahagian gatal. Makin lama gatal itu makin kuat dan Abu mula rasa pedih. Abu tak perasan rupanya habis kedua tangan Abu berdarah luka disebabkan kesan garu tadi.

Tangan berdarah dan bernanah

Abu pergi ke tandas lalu mencuci tangan yang berdarah itu. Tak semena Abu menjerit kesakitan disebabkan luka terlampau banyak. Habis pedih semua bahagian yang digaru tadi.

Abu cuci dengan sabun. Lagi lah tambah sakit. Meraung Abu kesakitan. Sampaikan tidur malam Abu pun terganggu. Luka yang tadi semuanya dah mula bernanah. Abu sudah tidak tahan lagi.

Keesokan harinya Abu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Doktor memberitahu yang tangan Abu gatal berpunca daripada habuk kotor yang ada pada kipas.

Lebih kerap menjaga kebersihan

Lalu doktor memberikan ubat sapu supaya Abu boleh sihat balik. Doktor juga berpesan Abu kena sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan supaya tak berulang perkara ini lagi.

Abu pulang dan menyesali selama ini beliau suka mengambil mudah dalam menjaga kebersihan. Abu berjanji untuk menjadi seorang yang rajin dan tidak mahu malas-malas lagi.

Abu pastikan selepas ini peralatan dan persekitaran dalam rumah Abu tidak dibiarkan terlampau berhabuk baru nak bersihkan. Abu janji tak nak malas lagi.

Abu akan praktikkan cara-cara mengurang dan mengawal habuk yang ada di dalam rumah supaya masalah habuk ini tak menggangu Abu lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge