Kereta Proton X50 untuk anak-anak

car-audi-sunroof-wallpaper-preview

Kawan aku ada seorang ni pakai kereta proton x70. Husband dia punya. Tahun lepas dorang beli kereta ni. Aku minat juga kereta ni sebab dia boleh buka bumbung. Yelah, sebelum ni kalau kereta yang boleh buka bumbung ni harga dia memang mahal. Mahu 3-4 ratus ribu.

Masa kawan aku beli dalam harga seratus ribu lebih macam tu lah. Bulanan dalam seribu macam tu. Bagi aku kira okay sangatlah dengan harga dia. Cuma aku tak berapa berkenan sebab kereta jenama proton. Kalau jenama Honda ke Toyota ke memang cun lah.

So aku takde lah beria minat sangat kat kereta ni. Disebabkan jenama je. Kualiti kereta memang terbaik dah bagi aku. Aku pernah naik kereta dorang ni dan aku memang impress sangat bila tengok boleh buka bumbung tu.

Masa kecil aku memang berangan nak ada kereta yang boleh buka bumbung ni. Duk bayangkan macam dalam movie tu kan. Pergi kat memana bukit tengok pemandangan bandar dari atas bukit tu sambil berdiri dari dalam kereta. Haha kuat berangan aku ni.

Ada satu hari tu aku duty kat booth mana tah aku tak ingat. Anak-anak aku dah lama tak bawa jalan. So dorang ni bawak isteri dengan anak-anak aku tadi gi jalan makan cendol kut kalau aku tak silap. Husband dia kawan aku juga, kitorang dalam satu team tapi husband dia tak follow sebab ada kerja juga.

Dan ada lah beberapa geng suri rumah yang lain ikut sekali gi makan cendol ni. Dorang pun up story kat ig memasing pergi makan cendol. Ada satu story tu aku perasan anak-anak aku duk dalam kereta x70 tu sambil duk gelak dan happy tengok bumbung tu boleh buka.

Aku perasan muka anak-anak aku memang teruja betul tengok bumbung tu buka tutup. Tiba-tiba terdetik dalam hati aku nak beli satu kereta yang boleh buka bumbung tu juga. Aku dapat bayangkan yang anak-anak aku yang tengah duduk dalam kereta tu macam aku sendiri masa kecil yang happy dapat tengok kereta boleh buka bumbung macam dalam movie.

So time tu juga aku niat dalam hati nak beli kereta yang ada buka bumbung juga. Padahal sebenarnya aku dah survey dah nak beli kereta Honda City yang terbaru tu. Dah submit pun dan dah approve loan cuma kitorang tak decide lagi betul-betul nak ambil Honda City tu ke tak. Tiba-tiba dapat tau yang kereta x50 nak keluar.

Aku pun terus Google dan buka YouTube tengok pasal x50 ni. Fuh, aku memang terus jatuh cinta dengan kereta ni sebab design dia lagi lawa dan nampak lagi sporty. Bukan tu je, kereta ni boleh parking sendiri. Wah, ni lagi baik daripada x70 yang kawan aku pakai. Lepas tu saiz dia lagi kecil, sesuai kalau isteri aku nak bawak.

Dan dah tentu lah benda yang aku paling excited bila dapat tau variant flagship dia memang boleh buka bumbung juga. Perghhhhhhhhh. Memang terbaiklah. Dan apa yang buat aku lagi terkejut, harga dia lagi murah daripada x70 yang kawan aku punya tu. Waduh, aku dah tak boleh tahan dah ni.

Terus aku contact seorang brother ni nama dia Mr jega. Bapak aku dulu pernah deal dengan Mr jega nak beli kereta proton ertiga dulu tapi tak jadi. Sebab ada beberapa problem tapi aku masih simpan nombor Mr jega ni. Ayah aku dah beli pun proton ertiga tu dengan sales advisor lain nama dia puan siti. Tapi kak siti tak kerja proton dah. So aku deal dengan Mr jega.

Tadi aku whatsapp dan Mr jega terus minta dokumen yang beliau perlukan. Aku bagi semua yang penting sebab sekarang ni senang online je lepastu dah boleh submit, takyah nak pergi kedai dah. Harap-harap loan aku approve lah untuk kereta ni. Seram dan teruja hahaha.

Semoga dipermudahkan untuk aku dapat jadi pemilik x50. Aku dengar tempahan pun dah dekat 20 ribu lebih dan mungkin kalau dapat kereta pun tahun 2021 nanti. Tapi takpe yang penting kereta ni memang berbaloi untuk ditunggu pun. Apa lagi yang aku boleh cakap, semoga impian masa kecil aku boleh jadi realiti. Amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge