Aku kalau bab pasang memasang ni memang lemah sikit. Haha. Bukan tak pandai cuma jarang-jarang buat. So bila kena buat memang slow sikit. Cerita dia macam ni. Tadi kitorang beli rak tv dekat Ikea.
Semua orang tau kalau barang-barang Ikea ni bila kita beli, kena lah pasang sendiri. Kalau nak panggil upah orang dia untuk pasang, satu hal pulak. Makan hari juga baru boleh siap. Nak tak nak kena lah buat sendiri.
Cuma bila aku yang nak kena pasang, memang renyah. Kalau boleh orang buatkan, memang aku suruh orang buat je. Tapi kali ni aku ambil tanggung jawab nak try buat sendiri. Sebenarnya isteri aku memang suka bab nak kena pasang-pasang ni.
Sebelum-sebelum ni kalau ada beli barang jenis macam ni, memang dialah yang akan pasang. Cuma rak tv aku nak try buat sendiri. So aku pun ikut lah panduan yang dia dah bagi. Benda tak pernah buat, memang slow gila lah cerita dia punya progress. Haha.
Satu-satu aku kira skru dia takut ada yang tak cukup. Bila dah kira semua complete baru lah aku start buat. Terkebil-kebil aku duk skru menatang ni hihihi. Bini aku kat sebelah perhati je cara aku buat. Kejap-kejap dia geleng kepala. Kejap dia gelak.
Last-last tak sampai hati tengok aku terkial-kial, dia pula sambung apa yang aku duk pusing-pusing tadi. Haha. Macam tu lah cerita. Kalau ada benda yang kita tak pandai buat, jangan lepas ni asyik nak lepas tangan je. Nasib baik ada yang pakar.
Kalau tak, duk dalam kotak je lah rak tv tu hahaha.
Artikel menarik untuk anda:
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri
Dia macam ini, kalau kata gaduh dengan suami, janganlah terus hentam suami tu cukup-cukup. Kesian kat si suami tu. Apa je tak…... Baca selanjutnya »
Suami berjauhan kerana tugas, isteri curang dengan orang lain
Hari ini ada sorang kawan aku, kira aku anggap macam abang aku juga lah. Dia bagitau yang dia dah cerai dengan isteri…... Baca selanjutnya »
Cara atasi pergaduhan antara suami isteri
Kan dah terlepas cakap. Apa nak buat sekarang ini? Tak pasal-pasal isteri dah merajuk. Itulah, lain kali sebelum nak cakap apa-apa itu,…... Baca selanjutnya »
Kaitan antara suami isteri, habuk dan pokok viral
Aku tak pasti apa sebenarnya isu yang kecoh sampai viral kata kalau letakkan satu-satu jenis pokok ini dalam rumah boleh kurangkan masalah…... Baca selanjutnya »
3 perangai isteri buat suami merajuk
Ada sesetengah isteri tak perasan perbuatan mereka itu sebenarnya buatkan suami jadi tak tentu arah. Tak pasti sama ada nak suka ataupun…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions