• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / KERJAYA PENTING KELUARGA JUGA PENTING

KERJAYA PENTING KELUARGA JUGA PENTING

19 March 2019 by sabrijati Leave a Comment

Naik turun, jatuh bangun selama 12 tahun sebagai seorang tukang gunting rambut berkaliber tentunya membuatkan nama Pedo disebut-sebut selalu oleh pelanggannya. Jenis dan potongan mana yang diminati pasti akan sedaya upaya Pedo penuhi.

Katakan sahaja nakkan bentuk macam mana, quiff, pompadour, faux hawk, fringe atau apa sajalah pasti mudah untuk Pedo tunaikan permintaan pelanggan. Hinggakan ramai artis yang mengunjungi kedai gunting rambut Pedo untuk mendapatkan khidmatnya.

KAWAN-KAWAN PENGARUHI HIDUP

Kecemerlangan Pedo dalam bidangnya telah membuatkan beliau lalai dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Setiap hari dia pasti sangat sibuk dengan para pelanggan sampaikan ada kala tak balik rumah.

Siang bekerja, malam pula bila sudah tutup kedai kawan-kawan ajak Pedo melepak di restoran mamak sampai lewat pagi. Isteri dan anaknya diabaikan dirumah begitu sahaja. Bila subuh baru balik. Tengah hari dah keluar ke kedai gunting semula.

SABAR ADA BATASNYA

Isteri Pedo sudah tidak dapat menahan kesabaran dengan sikapnya. Lalu tanpa memberitahu Pedo, isterinya membawa anak mereka balik ke kampung halaman jauh daripada Pedo. Mereka menempah tiket penerbangan sehala terus ke Limbang Sarawak.

Pedo terkejut apabila mendapati isterinya sudah tiada di rumah dan telah meninggalkannya. Mulanya dia berasa marah namun kemudian baru Pedo tersedar dengan sikapnya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

PENYESALAN PENUH HIKMAH

Pedo menyesali dengan sikapnya sendiri dan berniat untuk berubah. Isteri Pedo pulang semula ke Johor Bahru dan memaafkan sikap Pedo. Pedo tidak mahu lagi berada berjauhan dengan isteri dan anaknya. Dia sangat malu kerana bersikap dingin dengan isteri.

Lalu Pedo mengajar isteri nya bagaimana cara menggunting rambut dan kemudian mereka bersama-sama mengusahakan kedai gunting rambut tersebut. Pedo pun tidak melepak lagi dengan kawan-kawan kerana isterinya kini sentiasa ada disisi sebagai peneman hidup dan pembantu beliau di kedai.

Artikel menarik untuk anda:

GIOLA BARBERSHOP KEDAI GUNTING TERBAIK

GIOLA BARBERSHOP KEDAI GUNTING TERBAIK

Hari ini kita bawa abang Danish potong rambut. Tahun ini raya dekat Sabah. Rambut nak kena pendek sebab cuaca Sandakan biasanya agak…... Baca selanjutnya »

KEDAI BUKU YANG PELIK

KEDAI BUKU YANG PELIK

Aku belek satu persatu buku yang ada di kedai ini. Menakjubkan! Tidak pernah aku bayangkan ada kedai buku sebegini ajaib. Hampir setiap…... Baca selanjutnya »

INGAT SENANG

INGAT SENANG

Jol sememangnya boleh digelar seorang yang berjaya di syarikat tempat beliau bekerja. Jawatan beliau sebagai seorang pengurus di sebuat syarikat terkemuka Taiwan…... Baca selanjutnya »

PENING LAH NAK CARI

PENING LAH NAK CARI

Seharian mencari baju untuk dipakai pada majlis yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Dari pagi hingga ke malam habis pusing satu…... Baca selanjutnya »

AKU JUGA SAMA

AKU JUGA SAMA

Aku pada tahun 2016. Aku rasakan hidup ketika ini sangat mencabar. Selang beberapa tahun sahaja selepas baru berkahwin dengan isteri. Allah izinkan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « TERGAMAK NYA KAU
Next Post: ANAK DERITA IBU BAPA SENGSARA »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme