Kesempatan yang selalu terlewatkan

lahir-ditatang-bagai-minyak-penuh

Aku ini bukanlah jenis anak yang baik sangat. Masa kecil-kecil dulu aku antara budak yang nakal juga lah dalam keluarga. Memang susah nak dengar cakap mama papa.

Andai kata kalau mama dah warning aku jangan buat satu-satu perkara tu, aku tak peduli. Aku langgar je buat tak tau. Balik memang siap lah kena pukul dengan mama.

Mana tak nya. Ada ke pergi masuk dalam longkang pastu main kapal-kapal dalam longkang tu. Dah lah kotor bau busuk yakmat. Masa tu budak mana tau apa. Seronok main je.

Lagi-lagi bila hujan. Air longkang tu bukan main deras. Seronok lah tengok kapal yang kitorang buat pakai kertas tu bergerak laju je jalan. Boleh pula siap berlumba lagi.

Selalu suka buang masa dengan perkara yang sia-sia

Bila dah besar sikit, dah habis sekolah. Waktu ini dah mula nak ada awek lah. Konon-kononnya dah matang. Perasan macam dah boleh jaga anak orang, tapi seluar dalam sendiri pun mama beli.

Mana ada duit. Nak kerja tapi malas. Tau nya nak berjalan dengan kawan-kawan tapi duit belanja minta dengan mama papa. Acah-acah lepak Times Square pekena yee mee sizzling.

Lepas tu buang masa tengok budak Gothic kat belakang mall entah duk buat apa tah berhimpun ramai-ramai. Bila dah boring pergi Bukit Bintang tengok budak-budak shuffle.

Balik dah lewat malam kena marah lagi dengan mama papa. Hari-hari kena berleter tapi sebab kan terpaksa tahan buat tak reti je apa mama cakap. Masuk kiri keluar kanan.

Baru kesedaran itu timbul dalam diri

Bila dah anak sendiri, baru lah tau langit tinggi rendah. Baru faham sendiri betapa mencabarnya nak besarkan seorang anak. Hari-hari hati dalam keadaan tak tenang.

Lagi-lagi bila anak sakit dan terpaksa kena tahan dekat wad. Punya lah seriau darah ni naik turun naik turun duk istighfar banyak-banyak supaya takde perkara yang tak baik jadi.

Macam tu juga lah perasaan mama papa bila mana aku tak dengar cakap dorang masa budak-budak dulu. Perasaan risau yang sama aku dapat rasakan bila aku dah ada anak.

Bukan apa, tak pernah dalam dunia ini ada mak ayah yang tak sayangkan anak dia. Walaupun mak ayah tak tunjuk secara depan-depan kat anak dorang.

Mak ayah mana yang nak tengok anaknya gagal

Tapi jauh dalam dasar hati dorang nak nak tengok anak-anak semuanya berjaya dan jadi orang yang berguna. Mana ada mak ayah nak tengok anak dia gagal.

Bila sampai masa mereka dah uzur dan dah berumur, dah jadi tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menabur bakti selagi masih ada hayat dikandung badan.

Ada ramai orang yang kalau boleh nak patah balik masa. Nak kembali ke zaman dulu balik. Andai kata diberi peluang seminit untuk melepaskan rindu dekat mak dan ayah yang dah takde.

Pun dah cukup bermakna dalam hidup dorang. Tapi realitinya memang dah takkan ada kesempatan kedua tu lagi dah. Yang pergi akan kekal pergi buat selamanya.

Takkan sekali-kali masa boleh berpatah balik

Yang mana selagi masih ada kesempatan untuk bersama dengan kedua ibu bapa. Jangan sekali-kali ambil ringan dengan kurniaan yang Allah dah beri.

Jaga lah ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Layanlah mereka sama macam mereka layan kita masa kecil dulu. Bila anak-anak dah besar semua, dah takde apa yang mereka nak.

Melainkan ada masa untuk bersama dengan anak-anak, itupun dah cukup memadai bagi mak ayah kita. Bahagia kan mereka, belai lah mak ayah dengan penuh kasih sayang.

Andai kata sebelum ini langsung tak pernah bersalam dengan mereka, cium lah tangan mereka. Rasakan kedutan di tangan yang mungkin barangkali ciuman tangan yang terakhir untuk mereka.

Peliharalah syurga kesayangan

Andai kata sebelum ini tak pernah langsung nak cium pipi mereka, cium lah sepuas-puasnya. Mungkin ini ciuman yang terakhir sebelum mereka pergi meninggal kan kita.

Andai kata sebelum ini langsung tak pernah nak peluk tubuh mereka, dakap lah dengan penuh erat sebelum tubuh insan yang kita sayang terbujur kaku tidak bergerak.

Semoga kedua ibu bapa kita sama ada yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia, sentiasa dalam lindungan Allah SWT, diberi kasih sayang yang terbaik yang paling mulia.

Aku berdoa ya Allah, Kau haram kan lah tubuh badan kedua ibu bapa ku daripada disentuh oleh api neraka. Sesungguhnya Kau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang.

Ampunkanlah segala dosa-dosa meraka ya Allah. Amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge