hari ni aku lepak dekat hajris bistro kat permaisuri. sesambil buat kerja, mata aku liar juga perhatikan orang sekeliling. biasalah kalau dah lepak mamak ni, macam-macam ragam orang kita boleh tengok.
adalah sejam aku dah lepak, aku perasan ada sorang mamat ni meniaga jual buah. dia pergi satu table ke satu table. masalahnya dia bawak buah tu dalam satu box besar yang selalu orang meniaga tepi jalan.
aku pernah meniaga tepi jalan, dan aku tau bekas besar tu berat kalau diangkat. ala, macam bekas balang air, tapi balang air bulat yang ni petak 4 segi. aku tengok memang berpeluh gak brader tu angkat box tu.
terus aku rasa insaf sekejap. yelah, kadang kita merungut ada banyak kerja nak kena buat, nak kena siapkan itu, nak kena siapkan ini, sedangkan kerja kita buat sambil duduk mengadap komputer je.
tetiba terbit rasa syukur yang teramat sangat dengan apa je pemberian yang ALLAH dah bagi kat aku selama ni. mungkin kadang aku belum cukup target jualan, dan benda tu buatkan aku frust dan mula salahkan sekeliling.
sedangkan sebenarnya Tuhan tu nak tunjuk, yang aku ni banyak lalai dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang jurujual yang nak tolong selesaikan masalah orang bukan setakat nak menjual semata-mata.
dan aku kena sentiasa ingat, apa je yang aku ada sekarang, bila-bila masa je Dia boleh tarik balik. bak kata cikgu eizil, bila tak dapat yang kita nak tu ujian, bila dapat apa yang kita nak pun ujian. semua tu ALLAH nak uji kita.
sama ada kita betul-betul bersyukur dengan setiap pemberian, ataupun kita rasa semua yang kita dapat tu sebab kita buat. kat situ pun dah salah. usaha tu memang wajib sebagai seorang hamba, tapi bila dapat tu memang sebab ALLAH nak bagi.
setiap daripada kita sentiasa diberi kesempatan untuk review balik, muhasabah diri atas segala kelalaian dan alpa yang kita dah pernah buat. satu hari mungkin kesempatan tu dah takde, masa tu tak guna kalau kita baru nak menyesal.
cubalah renung balik. berapa kali kita dah ucapkan rasa syukur hari ni.
Artikel menarik untuk anda:
Kesempatan yang selalu terlewatkan
Aku ini bukanlah jenis anak yang baik sangat. Masa kecil-kecil dulu aku antara budak yang nakal juga lah dalam keluarga. Memang susah…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa bila bisnes sukses, kena sentiasa berpijak di bumi yang nyata
adat dalam berniaga, ada masa bila kita jatuh terduduk, masa itu kita akan ada banyak masa untuk muhasabah diri balik kesilapan yang…... Baca selanjutnya »
Jangan lepaskan peluang andai ada kesempatan
Macam aku sebelum ini, kalau nak mulakan satu-satu perkara memang aku takut-takut. Banyak perkara yang ada dalam fikiran aku. Jadi ke tak…... Baca selanjutnya »
Kenapa kena luangkan masa dengan mak ayah sementara masih ada kesempatan?
ada orang kadang-kadang tu terlampau kejarkan bisnes ataupun kerja. sampai dia dah tak ingat dengan mak ayah dia kat kampung. ada je…... Baca selanjutnya »
3 sikap lelaki ambil kesempatan daripada penggunaan minyak wangi
Perangai seorang lelaki ini tak boleh nak teka. Setiap orang perwatakan dia berbeza. Ada yang baik dan ada yang kurang baik. Susah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions