Ketua pasukan kena sentiasa berani berdepan cabaran

cat-564202_1280

Aku masih belajar untuk menjadi seorang ketua yang baik. Tak mudah, tanggungjawab yang dipikul memang berat. Sebenarnya kita semua memang dilahirkan sebagai pemimpin.

Kita dipertangunggjawabkan atas siapa yang kita pimpin semasa hidup. Dalam konteks perniagaan contohnya, kita jadi seorang pemimpin kepada pasukan di bawah naungan kita. Jadi inspirasi kepada mereka.

Tugas sebagai seorang ketua pasukan ini tak mudah. Kita akan jadi leader kepada mereka dan bantu untuk mereka capai apa sahaja impian yang di mahukan. Di atas bahu kita ada harapan ramai orang.

Dalam masa sama, kita sendiri kena sentiasa jadi seorang yang positif dan boleh mengawal diri daripada diganggu emosi dalam melakukan apa-apa keputusan. Lebih-lebih lagi yang melibatkan anak didik dalam pasukan.

Cabaran baru akan sentiasa ada. Tak kisah cabaran daripada segi menguruskan ahli pasukan sampailah yang melibatkan masa depan pasukan itu sendiri. Semuanya keputusan tentu ada risiko.

Bila ada perkara baik, mesti ada kekurangan yang akan datang seiring. Kut mana sekalipun mesti kena berani untuk hadap dua-dua. Andai kita berjaya uruskan, pengalaman itu lah nanti akan jadi kekuatan kita.

Apa-apa pun jangan lari daripada kenyataan. Kalau ada perkara yang kita sebagai ketua pasukan rasa susah nak buat, berjumpa dan berbincang lah baik-baik dengan ahli pasukan. Jangan kita pula yang emosi lebih.

Sampai satu tahap, kita dah tak kisah dengan setiap kesusahan. Dah kebal dengan masalah dan cabaran. Sebab dah tahu dah, susah ini kat level mana pun akan sentiasa ada. Tak guna pun lari.

Bila kita sanggup berdepan, baru lah kita ini fighter sejati.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge