Dulu aku pernah pergi gym abang Fadzil, ataupun dalam kalangan orang-orang gym panggil beliau Cikton. Kawan aku dulu Amit pernah join pertandingan Mr ACT anjuran beliau tahun 2012. Masa itu kawan aku menang.
Bila aku tau gym beliau dekat Komuniti Bandar Tun Razak Cheras, so aku decide nak training kat sini. Rumah mak ayah aku dengan gym ni tak jauh mana. Masa pergi gym ni lah aku bertegur dengan abang Fazlin ni.
So aku pun ada follow Instagram beliau. Selalu post pasal gym dan kadang-kadang ada post pasal agama, pasal dosa pahala, dan pasal akhirat. Aku suka dengan apa yang beliau share kan dekat ig tu sebab terasa dalam hati.
Tadi aku tengah drive kereta jalan-jalan kat Melaka. Sambil duk layan jalan jemmed tu aku pun buka YouTube kat telefon sangkut kat dashboard. Entah macam mana aku boleh nak type Cikton kat bahagian search dan aku nampak ada satu video beliau.
Tajuk video tu kisah penghijrahan Cikton. Beliau bercerita tentang kisah silam yang pernah beliau lalui. Daripada seorang yang banyak sejarah hitam dan kegelapan sampai lah sekarang ni beliau banyak berubah ke jalan agama dan bersedia untuk tempuh alam akhirat.
Perkongsian beliau banyak buatkan aku insaf dan terasa diri aku ini seorang yang banyak buat dosa dengan Tuhan. Tapi bila ALLAH SWT izinkan hidayah untuk berubah, takde siapa pun yang boleh halang. Penghijrahan Cikton ni dah bantu banyak orang sesama hijrah dengan beliau.
Aku harap, aku juga istiqamah untuk berubah jadi orang yang lebih baik. Ada sepotong ayat yang aku dapat tangkap tadi hasil perkongsian beliau. Lebih kurang macam ni. Dalam dunia ni kita kena hati-hati dengan benda yang cantik.
Sebab benda yang cantik dan indah ni boleh kaburkan mata kita dan buatkan kita lalai dan lupa Tuhan. Lagi teruk bila kita berani untuk langgar larangan dalam agama. Kita kejar dunia ini sekejap je. Tak lama lagi kita nak mati dah. Apa yang kita nak bawak bila kita dah mati nanti?
Artikel menarik untuk anda:
Jadikan kisah silam kesukaran hidup sebagai pembakar semangat perjuangan hari ini
Kalau nak diceritakan satu-satu kisah silam kita semua, aku yakin mesti pakat ramai-ramai menangis mengenangkan kesusahan yang pernah dialami satu masa dulu….... Baca selanjutnya »
Uruskan masa baik-baik dalam kerja
Semua orang ada masa 24 jam sehari. Takde yang lebih takde yang kurang. Kalau kata tak cukup juga, itu bukan pasal masa,…... Baca selanjutnya »
Janganlah merajuk dengan mak sendiri, kesian mak
Aku tau ada ramai kat luar sana, kadang kecil hati dengan mak sendiri. Biasalah kita tengah muda ni. Ada part kita ni…... Baca selanjutnya »
Kenapa kena buat kerja dalam team?
Ni topik yang best aku nak share. macam ni cerita dia. aku dulu pernah rasa macam mana niaga, duduk kat kedai sorang-sorang….... Baca selanjutnya »
KISAH TENTANG HAIWAN PELIHARAAN
Ramai orang suka memelihara haiwan peliharaan di rumah mereka. Ada yang suka membela kucing, anjing, arnab dan macam-macam lagilah. Memelihara haiwan ini…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions