Ramai orang suka memelihara haiwan peliharaan di rumah mereka. Ada yang suka membela kucing, anjing, arnab dan macam-macam lagilah. Memelihara haiwan ini dirasakan seperti memberi satu ketenangan buat pemilik haiwan tersebut. Waktu yang dirasakan kosong akan terisi dengan gembiranya bila melihat sicomel berada di dalam rumah.
Bayangkan pulang daripada kerja, badan pula keletihan disebabkan banyak hal yang perlu diurus sewaktu bertugas. Ditambah pula dengan tekanan sekeliling, pasti satu ketika dirasakan hari yang dilalui terasa begitu berat dan memenatkan. Namun semuanya bertukar saat melihat senyuman si cilik di depan pintu rumah.
PENGUBAT DIKALA LELAH
Serta merta diri akan terasa nyaman apabila memeluk erat kedalam dakapan haiwan yang sangat disayangi. Bulu-bulunya yang gebu dan halus sangat memukau dan lembut dibelai. Sentuhan kasih yang dicurahkan ke tubuh mereka membuatkan jiwa antara haiwan peliharaan dan tuannya seakan bersatu dalam satu roh dan jasad.
Jika sehari tidak kedengaran suara gemersik yang merdu, pasti hidup dirasakan tidak tenteram dan aman. Hinggalah sampai masa mereka jatuh sakit, pasti keadaan jadi tidak tentu arah dan serba tidak kena. Kepedihan dan kelukaan yang dialami seperti dapat dirasakan ke atas tubuh dan jiwa sendiri.
CUBIT PEHA KANAN PEHA KIRI TERASA
Tanpa berfikir panjang dan sebelum keadaan bertambah melarat dan makin teruk, pasti akan segera membawa mereka ke klinik haiwan yang terdekat. Kos bukan lagi satu isu besar asalkan dapat melihat senyuman dan kelincahan mereka semula. Menitis air mata tatkala mendengarkan raungan dan rintihan mereka sewaktu mendapatkan rawatan.
Hanya Allah Taala sahaja yang tahu bagaimana perasaannya bila duduk di ruangan menunggu sambil mendengar jeritan dan kesakitan yang mereka alami. Rasa seperti biarlah diri ini sahaja yang menanggung segala keperitan yang tak tertahan itu. Tambah pilu apabila tiada lagi kedengaran suara barang kali menandakan mereka telah pergi selama-lamanya. Allahu.
CINTA HINGGA AKHIR HAYAT
Buat mereka yang memelihara haiwan peliharaan di rumah, pasti turut melalui perkara yang sama. Setiap hari tanpa lelah, pasti akan sedaya upaya memberikan yang terbaik buat yang tersayang. Makanan, tempat tidur dan segala kebajikan sentiasa dalam keadaan yang paling memuaskan. Paling penting sentiasa menjaga kebersihan demi kesejahteraan yang lebih harmoni.
Memelihara haiwan peliharaan merupakan satu amalan yang mulia disisi Allah SWT. Mereka yang sentiasa menjaga, membelai dan menyayangi tentunya merupakan insan terpilih dan diangkat martabatnya di akhirat kelak. Semoga kita semua bertemu dengan haiwan peliharaan kita semula di syurga Allah yang kekal abadi insha Allah.
In memory Mr Pingu my rabbit…
Artikel menarik untuk anda:
RINDU PADA YANG JAUH
Perasaan bila berjauhan dengan anak-anak memang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Aku akui bila tak dapat nak melihat mereka setiap hari seperti…... Baca selanjutnya »
IMPIAN MEMBELI RUMAH PERTAMA
Lain orang lain impiannya. Bagi aku, memiliki rumah pertama atas nama sendiri merupakan satu hal yang tak pernah aku jangkakan dalam hidup….... Baca selanjutnya »
AJAIBNYA AMALAN BERSEDEKAH
Amalan bersedekah amat dituntut dalam Islam. Kita digalakkan supaya sentiasa membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa…... Baca selanjutnya »
I LOVE YOU MAMA
29 tahun yang lepas, keluarnya aku dari dalam perut mama ke alam nyata yang sungguh indah ni. Lahir pada subuh ahad, tepat…... Baca selanjutnya »
SEMANGAT JITU
Melihatkan wajah anak-anak, sentiasa buatkan aku berazam bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik demi mereka. Sejak dari mereka lahir, hinggalah mereka membesar seperti…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions