KITA SAHABAT KITA SAUDARA

Sahabat

Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat beli belah di kawasan Kajang. Seramai 24 orang antara kami yang menyertai aktiviti ini. Ada dikalangan mereka yang berjualan secara sepenuh masa dan ada juga sebagai separuh masa.

Rasanya sudah lama kami tidak berkumpul beramai-ramai. Mungkin kerana sibuk dengan aktiviti jualan masing-masing. Jadi waktu-waktu sebeginilah yang paling kami nantikan bagi mengeratkan kembali silaturahim antara satu sama lain. Kami berasa sangat teruja dan tidak sabar.

Ketibaan pasukan terbaik

BERSEMANGAT

Tepat jam 12 tengah hari semua telah sampai ke tempat yanh dijanjikan. Semuanya kelihatan ceria dan bersemangat. Bagi aku sendiri, ini kali pertama aku menyertai aktiviti bowling bersama-sama. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Masing-masing menunjukkan skil dan kebolehan yang tersendiri. Semuanya bermain dengan penuh semangat kesukanan.

Ada yang menjatuhkan pin dengan balingan yang sangat bergaya dan ada juga yang baling bola bowling macam peluru, bukan main laju lagi. Tak kurang juga yang melakukan balingan dengan kedua-dua tangan. Sangat melucukan dan menghiburkan hati melihat telatah kawan-kawan semua. Berusaha sebaik mungkin untuk memenangi hadiah yang pengurus kami tawarkan.

Gaya seorang pro. Tapi pin langsung tak jatuh. Haha

KERJA SEPASUKAN

Aku sangat bersyukur berada di dalam pasukan jualan ini. Keakraban dan ukhuwah antara kami terasa bagaikan adik beradik walaupun ada antara kami yang baru sahaja berkenalan tak sampai setahun. Ada yang baru kenal beberapa hari sahaja pun dah mula rasa rapat. Apa yang pengurus kami selalu tekankan adalah semangat berpasukan.

Apabila kita ingin berada lama di dalam satu-satu bidang, kita kena melakukan kerja secara bersama-sama. Ini sangat penting kerana apabila gerak yang dijalankan secara satu pasukan, ianya akan melengkapi antara satu sama lain kerana saling bantu membantu disaat salah seorang berada di dalam kesusahan.

Sahabat dan keluarga

AYUH BERSAMA

Pepatah dalam bidang perniagaan ada menyebut, ‘If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together’. Aku sangat setuju. Apa yang paling penting adalah mesti sentiasa menyokong dan bersatu dalam bekerja, dan hasilnya nanti pasti sangat manis dan lazat. Harus sentiasa ada orang yang akan menolak kita untuk maju kedepan.

Perjalanan menuju kejayaan itu masih panjang. Masih banyak perkara yang harus di tempuh bersama. Tanamkan azam setinggi langit, kenal pasti sasaran yang ingin dicapai tidak kira dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Apa yang perlu dicapai pada masa akan datang itu sudah sangat jelas, tinggal lagi gerak kerja yang efisien dan teratur pasti akan menghasilkan keputusan yang di luar jangka.

Pantang mundur sebelum bermula. Ayuh saudara sekalian, kita mulakan langkah bersama.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge