Kongsi peluang perniagaan dengan semua orang

received_1027065781061631

Alhamdulillah. Hari ni dapat bantu sorang lagi untuk sesama dapatkan income dengan berjualan dalam bisnes yang aku usahakan. Nama bisnes partner aku ni Ayu. Sebelum ni ayu customer aku. Kitorang kenal hampir nak dekat setahun.

Bila ayu dah puas hati dengan produk yang aku suggestkan sebelum ni, abang ayu pula berminat nak dapatkan unit yang lebih kurang sama macam ayu punya. Katanya masalah air kotor kat kawasan tempat tinggal dorang.

Jadi untuk pastikan air ni sentiasa bersih untuk nak diminum mestilah kena guna satu sistem penapisan yang boleh sekat kotoran yang ada dalam air. Lebih mudah bila air bersih siap ditapis tadi boleh diminum ikut pilihan suhu yang kita mahu sama ada panas, sejuk ataupun suhu bilik.

Itupun salah satu sebab abang ayu nak segera unit produk dipasang dirumah beliau pula, sebab tak tahan nak tanggung situasi yang tak sihat tu tadi. Aku pun bagitau ayu yang dalam masa sama, ayu pun boleh buat pendapatan tambahan dengan cara jadi rakan bisnes ayu.

Selepas presentation kali yang kedua, dengan kefahaman yang lebih baik daripada sebelum ni, selepas diterangkan tentang market share, income plan, dan carrier path dalam bisnes ni, terus ayu pun setuju untuk cuba dalam bidang baru ni.

Bagi aku, takde niat lain, cuma nak bantu lebih ramai lagi orang muda macam ayu untuk dapatkan income yang lebih baik daripada sebelum ni makan gaji dan agak susah untuk dapat kenaikan pangkat. Kadang kerja sampai 5-6 tahun pun masih di tahap yang sedia ada.

Aku percaya ramai lagi kat luar sana yang sekarang ni tengah terkesan dan ramai pendapatan keluarga yang terjejas disebabkan pkp. Untuk kita merenung nasib, dan menyerahkan takdir tanpa melakukan apa-apa usaha untuk bangkit semula, ibarat macam kalau sebelum berperang.

Percayalah peluang sentiasa ada andai kata kita sentiasa usaha untuk rebut mana yang terhidang di depan mata. Takde benda yang susah bila mana kita baru mula nak bergerak. Tapi bila dah lama-lama baru lah nampak jalan tu nak ke mana.

Masa tu takde siapa yang boleh hentikan langkah. Jalan terus, jangan pandang belakang. Kejayaan tinggal lagi sedepa.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge