Guruh berdentum dengan sangat kuat. Angin ribut dan kilat sabung menyabung bagaikan membelah langit. Cuaca yang tadinya cerah terang benderang langsung bertukar menjadi hitam dan kelam. Gelap diselubungi awan merah yang sesekali bercahaya. Lalu hujan turun selebat-lebatnya.
Semua kenderaan mula menyalakan lampu masing-masing. Ada sesetengah pemandu yang menghidupkan lampu kecemasan mungkin kerana jarak penglihatan yang semakin berkurang. Walaupun salah disisi undang-undang, namun bagi mereka itu sahaja cara supaya kereta mereka boleh dilihat oleh kenderaan di belakang.
TIDAK AKAN
Aku tiada cara lain. Nak berpatah balik ke rumah mungkin tidak. Sepersalinan baju telah aku simpan di dalam kotak motorsikal ku. Mahu atau tidak aku tetap perlu meneruskan perjalanan yang sudah dirancang dari awal lagi. Tiada alasan untuk tidak ke tempat temu janji yang sudah diatur dengan bakal pelanggan.
Sejuk, memang sejuk teramat sangat. Menggeletar tubuh badan ku biarpun aku sedikit berisi. Titisan air hujan yang menerjah ku, terasa begitu pedih dan sakit. Sudah lah helmet yang ku pakai ini tiada penutup muka. Bagaimana aku harus menanggung kepedihan lebih-lebih lagi perjalanan ku ada lebih kurang satu jam tujuh belas minit lagi untuk sampai.
HARUS KUAT
Di dalam kepala ku hanya terbayangkan wajah anak-anak yang berada di rumah. Lampin pakai buang mereka sudah habis. Beras juga tinggal lagi 8 cupak untuk kering. Stok telur juga tinggal 5 biji sahaja lagi. Mereka sudah pasti menunggu ku dirumah menantikan aku membawa hasil rezeki buat mereka.
Tanpa aku sedar, air mata ku menitis laju membasahi pipi yang sememangnya sudah basah dari tadi. Aku tidak mampu menahan sebak yang teramat sangat. Aku sebagai ketua keluarga harus kuat untuk mereka. Semangat yang mengalir luntur itu harus ku rawat supaya tidak menjadikan aku terus berputus asa dan menyalahkan takdir.
KU MEMOHON
Sepanjang perjalanan aku menangis tidak henti-henti. Aku meraung menahan dugaan yang sedang menimpa. Aku tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan yang berbekas. Aku meluahkan segala-galanya pada Tuhan agar permudahkanlah sentiasa setiap urusan perniagaan yang aku jalankan.
Aku pulas ‘throttle’ motorsikal ku dengan berhati-hati supaya aku tidak jatuh kemalangan. Ya Allah, kau bantulah hambaMu yang satu ini. Dalam rahmat hujan yang kau kurniakan, saat dimana doa pasti dimakbulkan, aku memohon kepadaMu Tuhan. Permudahkanlah urusan ku dan berkatilah rezeki ku yang Engkau kurniakan.
Artikel menarik untuk anda:
INGAT SENANG
Jol sememangnya boleh digelar seorang yang berjaya di syarikat tempat beliau bekerja. Jawatan beliau sebagai seorang pengurus di sebuat syarikat terkemuka Taiwan…... Baca selanjutnya »
BANDUAN AKHIR
Helaian al-Quran itu aku selak satu-persatu. Berjujuran air mataku entah kali yang keberapa. Aku tak kuat lagi untuk membacanya. Bergegar jantungku mengenangkan…... Baca selanjutnya »
KITA PEJUANG
Aku orang bisnes. Setiap hari aku akan bertemu dengan bermacam-macam manusia. Pelbagai ragam dan karenah aku temui bila aku keluar rumah dan…... Baca selanjutnya »
AYAH SIBUK NAK
Sepanjang perjalanan di lebuh raya menuju ke selatan tanah air, apabila berhenti di hentian rehat, aku akan tidur sebentar bagi melepaskan lelah…... Baca selanjutnya »
SAMPAI KE TUA
Aku duduk didalam kereta sambil menunggu isteriku yang sedang membeli barangan di pasar raya. Aku berasa sangat letih hari ini kerana seharian…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions