Kulit gatal-gatal lepas cuci kipas siling

tangan-gatal

Ini pengalaman aku sendiri. Kipas siling ini kan tinggi. Bila nak cuci dah tentu akan jadi satu masalah untuk kita manusia biasa. Sebagai seorang suami, takkan nak suruh bini yang buat. Aku sendiri lah yang kena uruskan semuanya.

Mula-mula bersihkan habuk yang ada, lepas itu aku cucilah bagi bersih dengan air. Cuma aku perasan, masa tengah membersihkan itu, habuk-habuk yang melekat kat kipas itu ada yang jatuh kena kat tangan aku. Aku buat tak kisah je.

Tangan semua luka berdarah

Lepas je dah siap cuci sampai habis, tengah rileks-rileks duduk kat ruang tamu, aku dah perasan sesuatu macam ada yang tak kena. Tiba-tiba aku rasa gatal gila semua tangan aku. Gatal yang lain macam itu rasa dia. Tak selesa betul.

Kemudian aku garulah bahagian yang gatal itu. Biasalah, bila dah garu mesti kita akan rasa lega kan. Rupanya tak habis kat situ je. Aku perasan tangan aku mula dah luka-luka. Sakit sangat. Aku cuci pakai sabun, lagi lah tambah pedih tak ingat.

Isteri pula yang terkena tempias

Gatal itu tak hilang terus. Masih lagi terasa sampai malam. Bila nak tidur rupanya gatal itu makin menjadi-jadi pula. Tergaru-garu aku sana sini sampai bini aku pula jadi rimas tengok. Aku cakap dah gatal sangat ini, nak buat macam mana.

Mungkin dia takut gatal-gatal itu kena kat dia, bini aku decide tidur kat bilik anak-anak. Terus aku jadi serba salah bila bini aku blah macam itu je tak cakap apa-apa. Aku yang kena gatal ini dia pula yang emosi lebih. Bukan aku minta, dah lah pedih gila sebab dah luka.

Jadikan kebersihan sebagai rutin harian

Barulah aku ingat rupanya siang tadi masa aku cuci kipas itu, aku tak sedar yang aku sebenarnya dah lama tak cuci kipas itu. Habuk yang ada kat kipas itu terlampau tebal sangat sampaikan banyak yang melekat kat tangan tadi.

Itulah disebabkan malas nak cuci kipas sangat, aku sendiri yang menanggung akibat dia. Rasa 2 hari juga baru nak hilang gatal itu tapi luka sebab aku garu makan masa seminggu juga nak hilang.

Aku dah serik main dengan habuk ini. Memang betul habuk ini kalau kena anggota badan memang boleh gatal-gatal.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge