Loan Proton X50 approve

20201021_233144

Alhamdulillah, lepas maghrib tadi dapat sms daripada public bank bagitau loan kereta proton x50 yang aku submit 2 hari lepas dah approve. Allahu, speechless tak terkata. Aku tak sangka boleh tau cepat macam ni.

Syukur sangat-sangat. So sekarang ni tunggu official harga keluar dan lepas tu tinggal bayar downpayment je lah nanti. Memang excited untuk tahu apa next yang bakal berlaku. Lagi-lagi bila kereta dah launch dan dah tau harga sebenar.

Perasaan aku takpayah cakap lah. Gembira, nervous semua ada. Macam-macam dalam kepala sekarang ni. Rasa cuak pun ada juga. Tapi tak boleh biarkan perasaan negatif macam ni. Apa-apa pun kita follow je lah flow dia kemana nanti.

Sebab semalam aku ada tengok satu video Honda City kat youtube. Kereta ni dorang dah announce harga untuk model yang pertengahan ke bawah. Untuk model high spec yang RS tu belum ada harga lagi. Aku tengok amount loan aku yang approve.

Lepas tu aku tengok balik harga Honda City yang pertengahan tu. Wah, lebih kurang je ni. Maksudnya dengan loan aku yang approve tadi dan harga Honda City yang pertengahan ni nak dekat sama pula. Kalau loan tu boleh tukar, so takde masalah untuk aku ambil honda City pun.

Ah sudah, sekarang ni dah jadi dilemma pula haha. Harap-harap untuk harga x50 yang varian boleh buka bumbung tu takdelah harga terlampau tinggi mencanak. Kalau harga dia jadi lebih mahal daripada expected price yang dorang tengah gembar gemburkan ni, mungkin boleh consider untuk ambil Honda City je.

Apa-apa pun tunggu official harga daripada proton. Apa pendapat korang?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge