Loan Proton X50 berjaya tukar ke Honda City 2020

2014-honda-logo-nsx-wallpaper-preview

alhamdulillah, tadi aku dapat call daripada public bank. officer yang call tu bagitau betul ke aku ada loan proton x50 nak tukar ke honda city? aah betul aku cakap. oh okay dia kata. loan tu dorang dah proceed dan dorang minta aku sign agreement esok.

syukur alhamdulillah. aku tanya loan berapa approve? dia kata ikut harga yang haritu dorang bagi tu lah. oh okay aku cakap. lebih kurang dalam 88 ribu lebih macam tu. syukur alhamdulillah. harga honda city tu dalam 86 ribu macam tu tak masuk insurans.

yang tu untuk model v. dan harga tu tak silap aku akan naik jadi 89 ribu something januari 2021 nanti tak termasuk insuran. kalau dah masuk insurans mau 90 ribu lebih tu. apa pun syukur alhamdulillah. aku terus call dengan abang jega bagitau dia terima kasih banyak sebab dah tolong.

walaupun dia sa proton tapi dia boleh tolong mudahkan urusan aku. patutlah dia top sales, service dia memang ti top. so sekarang ni tunggu esok je lah lagi untuk sign agreement tu. esok aku cerita detail berapa percent interest apa semua tu. hihi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge