LUANGKAN SEDIKIT WAKTU

Taman-rekreasi-klcc

Hari sabtu merupakan hari yang paling dinantikan anak-anak. Tentu sahaja mereka akan seronok dan gembira kerana mereka dibawa berjalan-jalan ke sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Langit juga kelihatan sangat cerah dan ceria. Pastinya cuaca sebegini sesuai bagi menjalankan aktiviti riadah di luar.

Peluang meluangkan waktu bersama keluarga amat aku nanti-nantikan. Waktu sebeginilah yang boleh aku manfaatkan masa bersama mereka dan menghilangkan penat setelah seminggu bekerja. Ada sesetengah menggelarkan aktiviti sebegini sebagai ‘beli jiwa’.

JALAN-JALAN

Aku biasanya akan bawa anak-anak ke taman rekreasi di KLCC. Bagi aku taman rekreasi ni lengkap sebab ada kawasan permainan yang boleh mereka mengeluarkan peluh dan ada kolam renang yang besar sesuai untuk mereka mandi-manda. Anak-anak ada pilihan sama ada nak berendam atau nak bersukan.

Disebabkan kawasan ini terlalu besar, biasanya keselamatan anak-anak sering aku utamakan. Banyak juga terjadi kes kehilangan anak kerana mereka ini kadang-kala suka berlari ke sana dan ke sini sesuka hati. Agak sukar juga nak pantau. Mujur lah dikawasan taman ini terdapat pengawal keselamatan yang bertugas dengan cemerlang.

SUASANA TENANG

Mereka akan sentiasa memastikan keadaan di pusat rekreasi ini terkawal dan aman. Aku sangat hormat dan bangga dengan tugasan mereka. Bayangkan ada beribu orang yang mengunjungi taman ini setiap hari tidak kira sama ada dari dalam dan luar negara. Namun mereka sentiasa disiplin dan sangat komited tentang isu keselamatan.

Pengalaman aku sendiri biasanya aku akan bawa tikar siap-siap dari rumah. Paling penting, aku akan meminta isteri untuk memasakkan kami makanan yang sedap seperti ayam goreng, meehun, bebola dan macam-macam lagi lah. Jadi apabila lapar kami akan terus makan sambil menikmati keindahan pemandangan yang berlatar belakangkan bangunan berkembar pencakar langit.

DETIK BERSAMA

Jadi, kalau yang tiada idea untuk beriadah pada hujung minggu boleh la bawa anak-anak ke pusat rekreasi KLCC ini. Pasti mereka akan puas bermain dan dalam masa yang sama kita juga dapat merehatkan minda dari kesibukan bebanan kerja di pejabat mahupun dalam mana-mana bidang pekerjaan.

Apa yang penting, masa berharga yang diluangkan bersama keluarga itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Walau sepadat mana pun jadual, walau sebanyak mana pun yang ada di dalam simpanan, tidak akan sama dengan secebis kenangan waktu bersama. Masa itu cepat berlalu. Melihat mereka membesar di depan mata, anugerah yang tak ternilai.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge