Luangkanlah masa dan waktu bersama keluarga tersayang

anak

alhamdulillah hari ini aku dapat bawa anak-anak dan isteri pergi jenjalan kat mall. dulu aku ingat, susah macam mana pun takde duit, aku mesti bawa dorang jalan. sebab aku memang suka jalan. tapi start pkp haritu, agak terhad sikit nak bawa dorang pergi mana-mana.

kali ini dah ada kelonggaran sikit boleh lah dorang happy-happy. seronok tengok tadi baru masuk mall abang dengan adik terlompat-lompat. nampak betul dorang dah lama tak jalan. aku tengok situasi macam tu rasa nak nangis pun ada. semua kerja penat lelah sebelum ini untuk dorang je.

aku takde nak fikirkan pasal diri aku sangat. bagi aku bila tengok dorang happy, itu lah reward yang paling bernilai yang aku terima dalam hidup aku ini. sumpah aku cakap, takde apa yang lebih bahagia bila dapat happykan keluarga kita sendiri. apa yang dorang suka itulah juga yang aku suka.

legasi

Keluarga segala-segalanya

macam aku sendiri, kadang-kadang terfikir kita hidup ini tak lama pun atas muka bumi ini. kalau kita fikirkan apa yang kita nak je, benda itu takkan habis. beli kereta mahal-mahal, akan ada kereta yang lagi mahal. benda itu takkan puas, takkan ada limit dia. ikut pada ketebalan poket yang kau ada.

tapi bila kau fikirkan apa yang kau akan tinggalkan untuk anak-anak kau, bila kau dah takde nanti, benda itu akan jadi satu benda yang kuat. ikatang dia takkan putus. sampai berapa keturunan ke bawah pun nanti kalau kau kuat berpegang dengan prinsip ini, anak cucu cicit kau akan ikut.

aku adalah orang yang pemalas, takde keyakinan diri, hidup terumbang ambing tanpa prinsip yang jelas. tapi impian aku sangat jelas. aku nak meninggalkan satu legasi ataupun empayar yang besar untuk peninggalan keturunan aku satu hari nanti. dapat tak dapat bukan kuasa aku.

tapi sekarang ini aku tau apa aku nak kena buat.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge