Bila kita ada pertelingkahan sebelum ni dengan sesiapa, lebih baik ambil pendekatan untuk memaafkan antara satu sama lain. Bukan apa, bila kita biarkan lama-lama takkan dapat selesaikan apa-apa.
End up masing-masing ego dan pentingkan diri, bukannya orang lain yang rugi, diri sendiri yang rugi. Sebab apa, bila berlaku perselisihan faham, kita akan jadi lebih mudah terikut-ikut dengan emosi.
Paling tak best, bila nak tidur pun tak lena. Yelah, dalam hati masih ada pendam perasaan tak puah hati tu kan? Hidup tak tenang, duit banyak sekalipun, dalaman tu rasa macam kosong. Selalu fikirkan pasal orang.
Lebih baik kita yang mulakan minta maaf, walaupun even orang tu taknak maafkan sekalipun, tapi bahagian kita ni dah lepas. Kita dah redha bila perkara tak baik macam ni jadi. Dan kita dah berusaha untuk nak perbaiki kesilapan.
Mungkin hari ni orang tu tak dapat nak maafkan kita. Tapi percayalah, lama-lama dia mesti maafkan juga. Sebab kita memang betul-betul ikhlas nak pulihkan balik hubungan baik yang pernah terjalin satu masa dulu.
Orang yang kuat bukanlah orang yang boleh angkat beban berat-berat beratus kilo. Tapi orang yang kuat ialah orang yang boleh tundukkan ego dia sendiri dan menerima kekurangan diri dan sentiasa meminta maaf dengan semua orang.
Tanpa perlu kisah apa yang orang lain fikir. Yelah, kita kadang pun bukannya sedar yang kita ada tersakitkan hati orang lain. Cuba ambil masa dan fikirkan sekejap.
Artikel menarik untuk anda:
Maafkan aku Tuhan andai diri tak pernah bersyukur
Bang, saya ini dah tak sampai hati nak tengok abang bekerja pergi pagi balik pagi macam ini lagi. Memang dah tak tertahan…... Baca selanjutnya »
Jadikan kisah silam kesukaran hidup sebagai pembakar semangat perjuangan hari ini
Kalau nak diceritakan satu-satu kisah silam kita semua, aku yakin mesti pakat ramai-ramai menangis mengenangkan kesusahan yang pernah dialami satu masa dulu….... Baca selanjutnya »
HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada kala kita merasakan apa sahaja perkara yang telah terjadi pada hari itu adalah suatu kebetulan tidak dijangka….... Baca selanjutnya »
Kisah penghijrahan Cikton
Dulu aku pernah pergi gym abang Fadzil, ataupun dalam kalangan orang-orang gym panggil beliau Cikton. Kawan aku dulu Amit pernah join pertandingan…... Baca selanjutnya »
KISAH TENTANG HAIWAN PELIHARAAN
Ramai orang suka memelihara haiwan peliharaan di rumah mereka. Ada yang suka membela kucing, anjing, arnab dan macam-macam lagilah. Memelihara haiwan ini…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions