Maaf andai ini bukan yang terbaik

sad-boy-walking-walking-alone-sad-alone-boy-1

Assalamualaikum semua. So first sekali aku nak minta maaf sebab lama tak update blog aku ni. Entahlah, hampir 3 bulan menghilang ni, banyak benda yang jadi dalam hidup aku.

Insha Allah ada kesempatan, ada ruang, aku share dengan korang semua yang sudi baca blog aku ni ye. Sebagai manusia biasa, yelah, kadang tu aku pun tak lari daripada buat silap.

Aku anggap ni satu kesilapanlah, sebab aku dah lari daripada tujuan asal kenapa aku buat blog ni. Aku jugak terlampau ambil kira apa yang orang cakap pasal aku atau lebih tepat lagi penulisan aku.

Kecaman yang aku terima tempoh hari, betul-betul buatkan aku jadi takut nak menulis. Sampaikan kecaman tu tahap menghina aku dan isteri, itu bagi aku agak keterlaluan dan biadap.

Silapnya aku, sebab terlampau kisahkan dengan benda-benda negatif ni sedangkan ada ramai kat luar sana especially korang yang baca ni memang support aku gila-gila.

Terima kasih guys sebab tanpa korang semua yang menyokong, dah tentu aku takkan boleh teruskan usaha ni sebaik dan sebagus yang boleh. Apa pun hidup mesti diteruskan.

Insha Allah, dengan izin Allah, aku hari ni declare yang aku dah kembali semula menulis di blog aku ni. Aku usahakan menulis sejujur dan setulus ikhlas daripada hati dan perasaan aku.

Buat yang menyokong, teruskan menyokong. Ada artikel aku yang korang rasakan sesuai untuk dikongsikan dengan ramai orang, silakan share. Semoga jadi asbab untuk kita peroleh redha Allah Taala.

Ada kekurangan daripada segi penyampaian, insha Allah aku akan keep on perbaiki daripada semasa ke semasa. Yang baik tu semua datang dari Allah SWT.

Dan yang kurang tu datang daripada kelemahan diri aku sendiri. Stay safe, stay healthy guys. Jumpa kita di artikel aku yang seterusnya pulak ya. Assalamualaikum.

p:s/ sebelum tu lupa aku nak bagitau, aku dapat kekuatan untuk menulis semula selepas aku tengok satu video kat YouTube daripada channel abang pierre andre.

korang boleh subscribe dan tengok semua video-video bermanfaat yang abang pierre andre share. bak kata abang pierre, yang paling penting istiqomah bila kita usahakan sesuatu. insha Allah semoga dipermudahkan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge