Maafkan aku Tuhan andai diri tak pernah bersyukur

hidup-sentiasa-penuh-cabaran

Bang, saya ini dah tak sampai hati nak tengok abang bekerja pergi pagi balik pagi macam ini lagi. Memang dah tak tertahan hati saya tengok abang kerja kuat semata-mata nak cari nafkah untuk kita sekeluarga. Sampaikan abang pun saya tengok dah kurus betul macam orang sakit.

Pergi niaga jual jeruk mangga dekat lampu isyarat. Dah la panas terik, lepas tu bukan semua orang nak beli dengan abang. Dulu saya pernah ikut abang walaupun abang tak bagi saya tetap degil nak ikut. Last-last abang suruh saya duduk dekat bawah fly over supaya teduh sikit.

Punya banyak waktu bersama

Bukan apa, bila saya ikut senang saya nak suapkan abang makan. Abang suka kan bila saya masak nasi dengan telur goreng. Ingat tak masa tengah makan, masa itu hujan. Kita duduk sama-sama sambil berteduh lepas itu ada kereta lalu dan langgar lopak air. Habis kita dengan nasi-nasi sekali basah. Kelakar kan bang.

Tapi abang selamba je cakap yang tu bukan rezeki kita. Saya okay je bang. Walaupun baru dapat cuit sikit je nasi tu. Hihihi. Tuhan baik kan bang? Kita dah takde apa nak makan tapi tiba-tiba je ada orang bagi bungkusan ayam goreng. Seingat saya kita dah bertahun tak makan ayam kan bang? Saya nampak abang berselera sangat.

Ketika hilangnya nikmat sihat

Saya tak tau macam mana saya boleh tolong abang sekarang. Dengan keadaan kesihatan saya yang tak berapa baik ini saya cuma boleh perati daripada jauh je bang. Tak sangka kesan selepas saya melahirkan anak kedua ini buatkan saya tak boleh nak berdiri lama macam saya yang dulu.

Bang, walaupun kita sekarang menyewa dekat bilik kecil ini bang, tapi saya tak pernah sekali-kali pun merungut. Malahan saya bersyukur sekurang-kurangnya abang masih usaha sediakan tempat berteduh untuk kita 4 beranak. Saya tak kisah pun. Saya okay, anak-anak pun okay.

Ada yang lebih susah, lebih payah

Tak apa bang kalau kita tidur beralaskan kotak dengan kain ini, anak-anak saya tengok dorang nyenyak je tidur. Saya nampak yang dorang boleh selesa lelap mata depan saya itu dah lebih daripada cukup bang. Tak apa bang walaupun kadang sakit sikit belakang saya, tapi saya tetap syukur masih boleh tidur.

Ada orang yang berhari-hari tak boleh tidur disebabkan ada masalah dengan fizikal dan mental dorang. Kita kena selalu fikir walaupun kita tengah susah, ada orang yang lagi susah dengan kita. Kalau kita rasa kita dah payah, ada orang yang lagi payah nak bertahan dengan hidup dorang. Sebab tu kita kena selalu bersyukur kan bang.

Ajar diri untuk sentiasa memahami

Supaya kita sentiasa hargai apa yang kita ada sekarang. Saya dulu selalu merungut dengan apa yang saya tak dapat. Itu tak cukuplah, ini tak bagus lah. Sedangkan saya terlupa dengan setiap pemberian yang Allah SWT dah kurniakan untuk saya. Saya ada seorang suami yang baik macam abang pun dah satu rezeki yang terhebat yang saya pernah dapat.

Abang, maafkan saya tak dapat jadi isteri yang baik untuk abang ya. Saya minta maaf kalau selama ini saya banyak sakitkan hati abang. Saya minta maaf kalau selama ini saya tak pernah nak hargai apa yang abang dah buat untuk kita sekeluarga. Saya berdoa supaya Allah jangan matikan saya sebelum sempat saya minta maaf dekat abang.

Maafkan saya ye bang, saya sayangkan abang sangat-sangat.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge