Kita selalu lawan cakap mak. Apa saja yang mak suruh mesti kita akan bantah. Pergi kedai kejap belikan mak kelapa parut. Mak nak masak gulai ini. Nanti lah mak orang tengah tengok cerita Korea ini.
Ada saja alasan yang kita bagi. Pergilah mak ke kedai sendiri merajuk sebab anaknya sendiri taknak tolong. Walaupun kakinya sakit berdenyut-denyut tapi dia tetap gagahkan diri.
Sudahlah tak boleh berdiri lama, asal jalan lama sikit je mesti rasa pening-pening macam nak pitam. Lepas je sampai kat simpang jalan nak melintas, terus mak jatuh terduduk sebab dah tak tahan pening.
Mak menanggung susah sendiri
Melecet kaki mak. Berdarah bahagian buku lali sebab terkena batu masa jatuh tadi. Di usapnya kaki yang berdarah dengan tisu lap hingus yang mak bawa. Sampai penuh darah kat tisu pun masih tak berhenti.
Dibiarkan aje kaki berdarah. Bangun mak sambil pegang tayar kereta yang parking berdekatan. Habis hitam tangan mak. Sampai di kedai runcit mak tanya ada lagi tak kelapa parut.
Budak kedai buat tak layan. Mak tanya lagi ada tak kelapa parut. Tak semena mak kena herdik dengan budak tadi. Makcik tak nampak ke ini bahagian potong ayam makcik, kelapa parut sebelah sana. Pergilah sana.
Terkedu lidah kelu tak terkata
Terkedu lagi mak kena maki macam itu. Menitik air mata mak tak tahan sedih sangat. Pergilah mak di bahagian kelapa parut. Mak tengok ada lagi 2 biji kelapa yang belum pecah.
Dik, makcik nak kelapa parut 2 ya. Nak sekali dengan serdak-serdak dia sekali tau. Eh mana boleh makcik. Kalau saya parut sekali dengan serdak dia habis rosak lah mesin saya ini.
Dah tak payah cik. Makcik tunggu je tepi itu. Nanti dah siap saya panggil makcik. Makcik tak payah nak ajar saya. Taulah saya nak bagi makcik macam mana. Saya dah lama buat kerja ini.
Hanya mampu melihat dengan air mata
Mak pun berdiri lah macam tunggul kayu kat tepi. Budak tadi punya lah sakit hati dengan mak sebab mak minta nak sekali dengan serdak. Mana boleh parut sampai bahagian dalam kelapa itu. Rosak lah mesin.
Lepas dia dah parut kelapa mak tadi, sebelum dia ikat, sempat dia ludah 3 kali dalam kelapa mak. Mak nampak dia ludah tapi sebab kelapa dah takde lagi, mak ambil juga.
Kalau tak nanti tak sedap mak nak masak gulai anak dia. Tak apa mak kata dalam hati. Nanti boleh basuh balik. Seronok budak tadi dapat kenakan mak. Bukan main lagi dia gelak kan mak.
Kesakitan yang tak tertanggung pedihnya
Lepas mak bayar, baru mak belakangkan saja kedai runcit tadi, habis berjujuran air mata mak. Mak tanya dalam hati, kenapa sampai macam ini orang buat kat aku. Kenapa.
Sedih hati mak, sambil jalan naik bukit terhincut-hincut sebab luka tadi. Mak dah tak larat dah nak jalan. Pening kepala mak datang lagi. Mungkin sebab cuaca panas sangat.
Tiba-tiba mak jatuh atas jalan tar. Berpusing berguling ke bawah sebab jalan berbukit. Terhempas badan mak dekat batu tepi jalan. Sakitnya hanya mak saja yang tahu.
Hanya mampu berserah pada Tuhan
Habis kotor baju kurung yang mak pakai kena tanah. Mak gagahkan diri duduk dulu. Mak mengucap panjang menahan sakit sangat. Mak meratap menangis tepi itu tapi tak siapa dengar.
Mak berdoa ya Allah. Permudahkanlah urusan hamba mu ini ya Allah. Aku berpuasa hari ini ya Allah. Kau perkenankan doa hamba Mu ini yang sedang berpuasa. Bagi lah aku kekuatan ya Allah.
Mak bangun balik, mak kutip kelapa parut yang dah pun berterabur. Satu-satu mak kutip. Lepas itu mak letakkan di baju sebab plastik dah koyak. Mak gagahkan diri nak masak juga hari ini.
Sampai depan rumah mak masuk dengan keadaan compang camping. Mak lalu belakang kita supaya kita tak perasan mak balik. Dan kita? Masih tengok cerita Korea yang dah nak masuk episod ke tujuh.
Apalah nasib mak.
Artikel menarik untuk anda:
Boleh saya kenal dengan awak?
Awak tadi saya nampak gambar awak dengan kawan saya dekat Instagram. Terus buat saya rasa macam nak berkenalan dengan awak. Tapi saya…... Baca selanjutnya »
Mana satu nak pilih, antara mainan anak ataupun minyak wangi sendiri?
Kadang kita ini suka beli sesuatu barang itu untuk nak puaskan hati sendiri. Bahasa mudah yang selalu orang guna kira macam nak…... Baca selanjutnya »
Cerita dalam kelambu
adat lah bila dalam berumah tangga ini, takkan boleh lari daripada nak kena hadap perselisihan faham ataupun kurang persefahaman. kita semua ini…... Baca selanjutnya »
HENTIKAN PENYEBARAN CERITA PALSU
Janganlah sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu perkara yang belum tentu kesahihannya kerana secara tidak langsung jika perkara yang disebarkan itu tidak benar, pasti akan…... Baca selanjutnya »
HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI
Aku memang nekad untuk berhijrah ke Thailand. Apa jadi sekalipun aku akan kesana mencari pendapatan buat keluarga. Biarpun terpaksa meninggalkan ibu ku…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions