MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN

Banyak-makanan

Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal memang nak ke IOI City Mall Putrajaya tapi tak pasti sama ada dekat pasar raya tersebut memang ada restoran masakan Korea atau tidak. Pantas kunci kereta diambil dari atas peti sejuk.

Sampai sahaja baru teringat hari ini adalah hari cuti. Maklum lah, disebabkan berniaga sendiri, biasanya aku akan keluar waktu hari orang bekerja. Jika aku keluar hari bekerja, orang tak berapa ramai sangat. Patutlah parking penuh hari ini. Jenuh pusing sampai setengah jam cari parking.

Babah makan adik tengah buat call dengan pelanggan dia. Haha.

TUNGGU GILIRAN

Jam dah pukul 7 petang. Perut pun dah mula lapar. Sedang mencari-cari restoran yang mana kami hendak makan, tiba-tiba isteri terperasan satu restoran yang diberi nama Seoul Garden. Rasanya memang sudah lama teringin nak makan dekat sini tapi setiap kali pergi jalan dekat mana-mana mall mesti tak jumpa.

Alang-alang dah jumpa kami pun cuba lah makanan di Seoul Garden ini. Harga pun boleh tahan la bagi satu orang sebab boleh makan seberapa banyak sampai kenyang. Masa sampai tu kedai ini penuh dengan orang. Jadi kami kena tinggalkan nombor telefon dan staf akan hubungi kami kemudian. Sempat lah nak solat maghrib sementara tunggu giliran sampai.

Abang Danish paling semangat nak makan. Bila sampai terus tidur. Hehe.

TIPS RAHSIA

Bila dah sampai ‘turn’, kami pun pergi semula ke restoran tersebut. Memang betul banyak sangat makanan yang boleh kami pilih. Aku makan sepuas-puasnya. Udang, ketam, nipah semua tu menjadi sasaran utama aku. Siapa yang jenis tak makan banyak ataupun tengah diet memang tak boleh nak pulun habis lah.

Satu tips aku kongsikan supaya selera cepat terbuka ialah sebelum nak makan semua makanan yang ada, kena makan aiskrim yang mereka sediakan terlebih dahulu. Tak perlu banyak, 3 sudu pun dah cukup yang penting setiap satu sudu perisa yang berlainan. Campur dan kemudian makan. Lepas itu memang perut akan terus automatik jadi lapar.

Memang terbaik Seoul Garden. Isteri suka, anak-anak gembira

TERBAIK

Apapun, satu pengalaman baru bila kami dapat makan di Seoul Garden ini. Yang berminat dengan makanan bufet macam ini, anda memang kena cuba makan dekat sini. Dijamin mesti akan puas hati dan teruja dengan berpuluh-puluh jenis makanan yang ada. Mesti makan sampai dah tak larat.

Terima kasih Seoul Garden sebab dah puaskan hati kami satu keluarga. Layanan staff yang sangat baik dan walaupun orang terlampau ramai tetapi tetap tenang melayan dan mengawal keadaan dengan baik. Kami pasti akan datang lagi, dan selamat maju jaya kami doakan Seoul Garden IOI Putrajaya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge