Malam pertama atas tilam hotel lima bintang

Tilam-kena-sentiasa-kemas

Aku dengan isteri dah kahwin dekat-dekat 6 tahun dah. Masa sebelum kahwin tu, ada macam-macam benda yang kitorang dah plan. Kononnya bila dah kahwin nak ada macam ini lah, nak ada macam tu lah. Banyak benda yang kitorang berangan.

Berangan nak beli rumah sendiri, lepas tu nak isi barang-barang kat dalam rumah tu semua dengan jenama Ikea. Siapa yang dah pergi sana memang tahu lah macam mana cantiknya dorang deko kat bahagian pameran itu.

Aku memang tergila-gilakan barang yang dorang display kat situ. Masa itu rasa macam bestnya kalau ada rumah sendiri bila dah kahwin. Boleh lah hias cantik-cantik ikut citarasa kita sendiri. Macam aku suka konsep minimalist. Isteri aku pun suka konsep macam tu juga.

Paling yang kitorang tak boleh tahan kalau pergi sana bila baring kat atas tilam dia tu. Memang sedap gila lah. Langsung tak bergoyang kalau orang sebelah melompat ke apa. Rasa macam tenang gila baring atas tilam yang mahal ini kan? Tak boleh nak bayangkan sebab aku tak pernah menginap kat hotel lima bintang yang memang mahal ya amat tu.

Awal perkahwinan memang mencabar

Tapi lepas je dah kahwin, angan-angan kitorang tu tak sama dengan real situation yang kitorang hadap. Kehidupan kitorang berubah struggle gila. Business yang aku tengah run masa tu kat pasar malam tak dapat banyak sale macam sebelum ini. Tiba-tiba aku dengan wife jadi tak tentu hala.

Jangan kata nak beli rumah, nak menyewa pun tak mampu. Kitorang pindah-pindah. Sekejap kat rumah mak aku, sekejap kat rumah mak isteri aku. Berbulan-bulan juga kehidupan kitorang macam tu berpindah-randah.

Alhamdulillah rezeki permohonan kitorang nak menyewa kat rumah flat diluluskan. Kami pun pindah ke sana. Walaupun kawasan tu jauh daripada bandar besar dan kena masuk dalam-dalam, aku cakap takpelah dengan isteri aku. Sementara kita duduk sini. Anak pun dah ada sorang.

At least kita dah ada rumah sendiri yang boleh duduk. Tidurlah kitorang beralaskan toto sebab tak mampu nak beli tilam. Masa itu cakap dengan wife, sebelum kahwin berangan nak rumah cantik, sekarang dah kahwin tidur pun atas toto. Huhu. Tapi kitorang sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah dah bagi masa tu. Cuma bila ingat perkara yang lepas-lepas itu jadi kelakar pula balik.

Jangan ambil mudah bila bab tidur

Mula-mula tidur atas toto tu tak rasa apa-apa. Tapi bila dah lama-lama tu badan terus rasa sakit-sakit. Belakang sakit, bahu sakit, leher sakit. Rupanya tak sama bila kita ini dah berumur sikit ya. Badan tu dah jadi lain. Padahal masa kat sekolah dulu tidur atas jalan tar pun takde masalah.

Rumput apatah lagi. Memang lagi selesa lah rasa dia. Kalau setakat baring atas simen ini memang tak rasa pape lah. Bila dah berkahwin rupanya tak boleh ambil mudah bab-bab tidur ini ya. Kalau buat sambil lewa memang jadi masalah kemudian hari.

Masa tu aku jadi seorang yang bengis dan suka marah-marah. Yelah, tidur tak best memang boleh kacau life kau weyh. Aku ini dah lah niaga malam, tidur siang. Siapa yang jenis kerja malam tidur siang ini kau boleh tanya lah. Best tak tidur siang?

Tak best gila weyh. Lagi lama kau tidur lagi rasa penat. Kau bayangkan dah lah tidur siang dan atas toto. Lagi bertambah-tambah lemau badan tu. Aku nak niaga pun jadi tak boleh nak fokus. Kat kedai kerja aku asyik tidur je. Tak percaya pergilah tanya kawan-kawan aku yang niaga sama-sama dengan aku dulu. Asal kat kedai mesti tidur je kerja aku. Sampai aku rasa lagi selesa tidur kat tempat niaga daripada kat rumah.

Kenal pasti masalah dan cari penyelesaian

Anak aku kalau kat rumah dia buat hal, memang aku sound je. Yelah, badan tengah sakit-sakit time tu lah nak panjat-panjat atas badan aku memang kena marah lah. Bawak kereta pun sama. Kalau aku bawak kereta lama sikit dalam 15 minit dia dah start dah sakit sakit belakang. Masa tu rasa macam nak bawa kereta sambil baring je.

Dan memang aku baringkan sikit kerusi tu. Tapi dah berapa kali aku nak ter accident sebab tak berapa nak nampak depan. Bayangkan betapa struggle nya aku time tu. Aku rasa macam dah frust gila tidur atas toto tapi aku sabar je. Mungkin belum rezeki aku lagi nak beli tilam yang sedap untuk isteri dengan anak-anak aku.

Tapi itu cerita 6 tahun lepas la. Cerita zaman aku baru-baru nak belajar kenal hidup, kalau kata mak aku. Setiap orang yang baru kahwin dia mesti akan lalui fasa struggle tu. Mana ada lepas kahwin terus hidup senang. Kalau ada tu kena syukur banyak-banyak. Cuma get ready dengan benda-benda yang tak jangka. Alhamdulillah baru-baru ini aku berjaya beli rumah impian aku sendiri, syukur sangat-sangat.

Rumah apartmen siap ada kolam renang dan gym. Aku ambil tingkat 6. Takdelah tinggi sangat macam rumah sebelum ini tingkat 17 haha. Anak pun dah dua dan dorang seronok gila hari-hari boleh mandi kolam. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi. Dah tu rumah baru masih pakai toto lagi gak ke? Haha taklah. Kena lah beli tilam baru kan. Mesti nak rasa selesa tidur tu.

Syukur dengan rezeki ketika banyak atau sikit

Aku terkejut bila isteri aku setuju nak order satu tilam ini. Bukan main kau saiz king dia beli siap dengan katil sekali satu set. Aku tanya harga mahal tak? Dia kata tilam dengan katil ini standard hotel lima bintang punya. Harga dia memang nak dekat-dekat cecah 5 angka punya harga. Aku terkejut juga masa mula-mula dengar. Lepas tu dia bagitau lagi yang set ini kalau beli boleh rental. Maksudnya boleh bayar bulan-bulan.

Wah menarik tu aku cakap. Ada agreement dia tapi selama pakai tu sampai tempoh nak jadi hak milik akan di cover dengan waranti dan servis. Aik? Aku tanya dia beli tilam pun ada servis ke? Aah dia cakap sekali dengan servis setiap 4 bulan sekali. Memang canggih betul beli tilam ada servis. Katanya supaya takde pepijat ataupun hama kat tilam yang kita tidur ni nanti. Okay kalau macam tu memang baguslah. Dah lah tak yah keluar duit seketul, duit tu boleh buat beri barang rumah yang lain haha.

Sekarang ini memang tidur nyenyak gila aku rasa. Masalah sakit-sakit belakang yang aku rasa dulu pun dah kurang. Lepas ini nak kena pergi buat massage balik supaya nak lega kan urat-urat yang tegang sebab stress kerja selama ini. Pengalaman tidur atas tilam baru ini memang susah nak cakaplah.

Hubungan aku dengan isteri pun makin rapat. Senang cakap setiap malam tu rasa macam malam pertama lah. Hahahaha. Tapi serius memang penting tidur atas tilam yang elok ini. Dia bukan je mempengaruhi diri kau semata-mata, tapi dia boleh effect keseluruhan kehidupan kau termasuk hubungan kau dengan isteri, anak-anak ataupun daripada segi kerjaya. Sampai macam tu sekali effect dia.

Yang paling gembira dah tentulah isteri aku. Dia yang nak sangat tilam yang empuk dan tebal ini. Kita lelaki macam biasa lah control macho wakakaka. Apa-apa pun terima kasih sebab hadiahkan tilam yang hebat ini untuk kegunaan kita sekeluarga.

Insha Allah saya harap cinta kita lepas ini akan lebih erat lagi, kalau ada gaduh-gaduh manja tu adatlah. Tapi kita selesaikan sama-sama dengan baik ya. Dan doakan kami dikurniakan cahaya mata yang ketiga pula lepas ini. Hehehe. Amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge