• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / MANA ANAK AKU

MANA ANAK AKU

16 April 2019 by sabrijati 4 Comments

Turun naik nafas ku tidak berhenti. Degupan jantung terasa seolah-olah hendak keluar dari tubuh. Peluh menitis laju walaupun pendingin hawa di dalam pusat beli belah ini tidak rosak. Aku seperti orang gila yang telah hilang arah. Dalam tak sedar tiba-tiba anak ku hilang dari pandangan mata

Aku mula terasa cemas yang terlampau. Kemana anak ku telah pergi. Baru sahaja dia berada di sebelah ku tadi. Aku pening dan runsing. Aku cuma ke kedai kasut yang sedang membuat promosi potongan harga. Memang dia betul-betul mengekori ku dari belakang tadi.

TIDAK MAMPU MENAHAN SEBAK

Seluruh kawasan pasar raya aku tawaf mencari kemana anak ku telah pergi. Aku mula menangis teresak-esak. Fikiran aku hanya teringatkan perkara yang buruk sahaja. Apa yang anak aku sedang buat sekarang. Sudahlah umurnya baru 4 tahun. Kemana saja dia boleh pergi dan usia yang masih kecil lagi.

Aku pergi ke kawasan pihak pengurusan. Mungkin di pejabat mereka aku boleh melihat ulang tayang semula tempat di mana aku berdiri tadi. Aku berlari dengan cepat supaya aku boleh segera sampai di pejabat mereka. Selepas memperkenalkan diri, aku dipelawa masuk oleh ketua bahagian operasi pasar raya.

MENCARI PUNCA KEJADIAN

Aku tidak mampu lagi menahan tangis dan hiba. Meraung-raung aku didepan ketua. Aku tidak dapat menahan perasaan lagi. Ketua menenangkan aku dan meminta aku supaya banyakkan bersabar. Pihak pengurusan akan memberi bantuan sebaik mungkin dalam misi mencari anak ku yang telah hilang.

Rakaman litar tutup di ulang tayang semula. Mereka cuba menonton dengan teliti supaya dapat mengenalpasti kemanakah anakku telah pergi. Alangkah terkejutnya aku apabila menonton rakaman di didalam kamera litar tertutup itu. Sesuatu perkara yang diluar jangkauan telah aku lihat betul-betul di depan mata.

SITUASI DI CULIK

Rupa-rupanya ada seseorang lelaki telah menculik anakku dan membawa dia lari. Lelaki tersebut bertubuh sedikit rendah dan memakai topi seperti topi pancing ikan berwarna hitam. Dia mengumpan anakku dengan gula – gula lolipop lalu memegang tangan anakku dan terus berjalan pergi bersama-sama.

Allahu aku tergamam. Tiada perkataan yang terkeluar dari mulutku. Aku seakan tidak percaya dengan apa yang telah aku lihat. Lalu ketua pengawal pasar raya mengerahkan kesemua anggota pengawal keselamatan mengejar lelaki tersebut. Sambil beliau memantau dari kamera litar tertutup dan mengesan laluan yang telah mereka pergi.

BERUSAHA DEMI MENYELAMATKAN

Ketua juga terus menghubungi pihak polis supaya datang segera ke lokasi kejadian. Aku dapat melihat dengan jelas adegan kejar-mengejar diantara pengawal keselamatan dan penculik tersebut melalui kamera. Aku berasa sangat takut bila melihat situasi tersebut didepan.

Kecekapan dan kemampuan yang ditunjukkan oleh semua anggota pengawal keselamatan sangat mengagumkan ku. Mereka berusaha bersungguh-sungguh bagi menyelamatkan anakku dari penculik tersebut. Mereka mengepung dari semua arah dalam memastikan supaya penculik tersebut tidak dapat keluar dari pasar raya kerana jika dia berjaya keluar tentu akan merumitkan lagi keadaan.

CEKAP DAN PANTAS

Akhirnya setelah 30 minit adegan kejar mengejar, akhirnya penculik tersebut berjaya di tangkap selepas terperangkap dan tidak dapat melarikan diri di kawasan ruangan tempat letak kereta aras bawah. Lalu penculik tersebut menyerah diri dan mengembalikan semula anakku yang telah dia culik.

Rupa-rupanya penculik tersebut mengalami kemurungan dan sedikit kurang siuman. Aku memeluk erat anakku lalu meminta maaf dengan nya sebab terlepas pandang dan tidak memantau nya dengan baik. Aku melihat tangak anak ku mengalami sedikit lebam mungkin kerana ditarik oleh lelaki tersebut.

Kejadian ini betul-betul menginsafkan aku. Aku akan lebih berhati-hati selepas ini apabila berjalan dengan anak aku ataupun berjalan seorang diri. Memang sangat bahaya bila perkara sebegini berlaku didalam negara sendiri. Kerana sebelum ni, kejadian seperti ini hanya berlaku di negara luar.

Semoga semua kita dilindungi oleh Yang Maha Kuasa.

Artikel menarik untuk anda:

ANAK DERITA IBU BAPA SENGSARA

ANAK DERITA IBU BAPA SENGSARA

Leah seorang suri rumah sepenuh masa. Segala kerja-kerja di rumah Leah lah yang akan selesaikan semuanya. Kerja mencuci pakaian, membersihkan rumah dan…... Baca selanjutnya »

BABAH TAHU ABANG SUKA

BABAH TAHU ABANG SUKA

Aku belek satu persatu barang-barang yang ada di dalam kedai permainan itu. Semuanya sangat cantik, canggih dan tentunya model terbaru yang sedang…... Baca selanjutnya »

SIAPALAH IBU

SIAPALAH IBU

Petang tadi aku tersesat di kawasan perumahan kos rendah di Bandar Baru Bangi. Aku menegur seorang makcik bertanyakan jalan untuk menghala ke…... Baca selanjutnya »

KENAPA TAK LAKU

KENAPA TAK LAKU

Tengah hari tadi aku makan nasi ayam di warung tepi jalan. Bila perut tengah lapar, semua makanan nampak sedap. Tapi bila dah…... Baca selanjutnya »

KUATKAN AKU

KUATKAN AKU

Guruh berdentum dengan sangat kuat. Angin ribut dan kilat sabung menyabung bagaikan membelah langit. Cuaca yang tadinya cerah terang benderang langsung bertukar…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « TIPS BELI KERETA
Next Post: AKU JUGA SAMA »

Reader Interactions

Comments

  1. Sarena

    17 April 2019 at 12:07 am

    Terbaek perkongsian kisah ini. Boleh dijadikan pengajaran. Tindakan pantas membuat aduan di bilik kamera litar tertutup adalah langkah paling bijak.

    Reply
    • sabrijati

      17 April 2019 at 12:48 pm

      Baik kak. Kena pantas dan cepat ambil tindakan refleks.

      Reply
  2. Kerja sendiri

    18 July 2019 at 4:37 am

    Macam baca cerpen atau novel. Kes culik di negara Malaysia ni agak membimbangkan. Siapa ada anak kecik tu tolonglah jaga betul-betul.
    Kerja sendiri recently posted…Mahalnya Dekoder AstroMy Profile

    Reply
    • sabrijati

      21 July 2019 at 12:55 am

      Setuju. Kelalaian satu saat pasti membawa padah. Kena lebih berhati-hati bila berada di kawasan terbuka lebih-lebih lagi dikhalayak ramai.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme