Mana kau pergi masa budak kau perlukan kau?

aang-avatar-the-last-airbender-angry-monochrome-wallpaper-preview

Hari ni aku agak emosi sikit. Ada seorang ni dia pernah recruit kawan dia masuk dalam bidang sales. Tapi sales dia on off on off lah. Lepas dia dah recruit kawan dia ni, dia terus hilang kan diri dalam bidang sales. Dia kata sales ni bukan jiwa dia. Lebih baik dia buat e-hailing je.

Terkapai-kapai lah kawan dia yang dia baru bawa masuk ni. Tapi aku respect dengan kawan dia, walaupun ditinggalkan macam tu je, tapi dia tetap nak fight income dia sendiri juga. So dia pun buat je lah tanpa bantuan kawan dia yang bawa masuk ni.

Mujur lah dapat manager yang bertanggungjawab, manager ni lah yang duk guide budak yang ditinggalkan tadi tu. Bagi coaching, bagi idea, bagi cara macam mana nak closed sales apa semua. Sampai pukul 3-4 pagi lepak duk bagi input dan cara nak buat.

Nak dijadikan cerita, member yang kena tinggal ni pun lama-lama dia jadi top sales. Sampaikan income dia cecah 5 angka sebulan. Alhamdulillah berkat dia sabar dan buat je, belajar dengan manager, cepat sesuaikan diri dengan team, dia dah jadi antara orang yang paling sukses dalam pasukan.

Tup tup tetiba entah dari mana datang kawan dia yang recruit dia dulu balik. Still lagi bawa e-hailing macam biasa. Member yang dia tinggalkan sekarang ni life memang dah mewah gila lah. Siap boleh bawa satu family bercuti. Tengah dalam proses nak beli rumah pula sekarang.

Yang recruit dia dulu boleh claim kata dia yang dah bukakan jalan supaya orang tu boleh berjaya sampai lah sekarang. Ewah-ewah sedap mulut je kau nak claim macam tu kan. Bila orang tu dha berjaya kau pula acah-acah kata kau lah yang dah tolong bagi peluang kat dia, kalau tak dia takkan dapat apa yang dia dapat sekarang.

Hello brother sorry sikit. Ni aku nak bagitau kau. Kau nampak apa yang dia dah dapat sekarang je kan. Kau ni memang c****a betul lah. Masa budak tu tengah susah tak tau nak buat apa kau pergi mana haaa s. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri punyalah struggle gila dia dulu untuk nak dapatkan hasil macam yang dia dapat sekarang.

Engkau entah dari mana, dah lama tak nampak, tak munculkan diri tetiba kau nak claim yang budak tu berjaya sebab kau. Eiii geram je aku tadi. Kau memang pentingkan diri sendiri kau tau tak. Kalau kau tengok macam mana susah nya member tu dulu masa baru masuk, kau blah macam tu je hilang entah ke mana tak dapat dikesan.

Jadi manusia ni jangan kurang ajar macam tu boss. Kau tak boleh pentingkan diri kau sendiri je. Kau ni ibarat lepas tangan taknak buat apa-apa, tak payah buat kerja lepas tu budak tu menjadi sendiri je. Habis yang budak tu siang malam pergi belajar dengan manager sampai pukul 3-4 pagi tu kau pergi mana? Asal kau takde sekali. Kau cakap dengan aku sekarang.

Aku sabar je. Kalau ikutkan aku tadi memang aku nak sound tepek je. Jadi manusia ni biar orang tengok kita ni takde duit, tapi jangan orang tengok kita ni macam dah takde maruah, takde harga diri. Kau patutnya pergi minta maaf balik kat member yang kau dah tinggalkan dulu tu. Sebab kau tak tolong dia masa dia tengah susah.

Bukan kau yang claim diri kau sendiri balik. Hei bengang betul aku. Nasib baik aku sabar je. Ambil cermin, cermin lah diri kau sendiri balik. Kau ni jenis manusia macam mana. Kita ni semua dah besar, dah ada anak dah semua. Tak gentle lah bro kau buat kat member kau sendiri macam tu. Dia ada anak bini dia gak. Aku harap benda ini jadi pengajaran lah untuk kau.

Supaya kau tak aniaya orang lain pula lepas ni.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge