Mana satu nak pilih, antara mainan anak ataupun minyak wangi sendiri?

pentingnya-anak

Kadang kita ini suka beli sesuatu barang itu untuk nak puaskan hati sendiri. Bahasa mudah yang selalu orang guna kira macam nak reward diri sendiri lah kan.

Benda ini memang sangat digalakkan untuk orang yang berkemampuan. Lebih-lebih lagi orang yang hasil pendapatan dia tak tetap ataupun lebih senang orang yang berniaga ataupun dalam lapangan sales.

Bila dia berjaya reward diri sendiri, itu boleh jadikan salah satu bosster untuk dia bergerak dengan lebih laju dan jadikan seseorang itu lebih bertambah semangat nak bekerja.

Dahulukan kebajikan anak daripada kepentingan diri sendiri

Macam mana kalau keadaan yang sama berlaku tapi seseorang itu kena pilih sama ada beli barang untuk kepuasan diri sendiri ataupun beli kan sesuatu untuk dihadiahkan kepada anak tersayang.

Masa ini mesti susah nak buat pilihan. Andai kata kalau beli sesuatu untuk kepentingan sendiri tapi dalam masa yang sama melukakan hati anak yang memang dah lama berhajat mahukan sesuatu, mungkin ianya jadi tak bermakna.

Dalam keadaan macam ini kita kena ingat semula tanggungjawab dan keutamaan dalam kehidupan seorang yang bekeluarga. Waktu macam ini kita dah tak boleh fikirkan bahagian kita.

Kebahagiaan dan kegembiraan yang kekal berpanjangan

Sebagai orang tua, sepatutnya kebajikan anak-anak lah yang menjadi perkara paling kita kena ambil kisahkan. Kita bukan lagi hidup seperti orang bujang. Mungkin kita tak perasan, kebahagian anak itulah yang membuatkan diri kita bahagia.

Apalah salahnya kita korbankan keinginan kita semata-mata demi insan yang paling kita sayang. Mungkin dah terlalu banyak yang kita dah pernah dapat sebelum ini, jadi janganlah sampai perlu berkira-kira dengan anak.

Ya betul, mungkin apa yang kita belikan itu takkan lama hayat nya. Paling tidak, mungkin akan dibuang apabila ianya sudah rosak. Tapi ada sesuatu yang takkan pernah hilang. Pasti takkan pudar selama-lamanya.

Ingatan yang tersemat dalam hati akan menjadi memori sampai bila-bila

Memori yang tersimpan dalam ingatan anak itu sendiri yang akan dikenang sampai bila-bila. Aku sendiri masih ingat lagi hadiah yang mama papa belikan masa aku umur 5 tahun.

Mungkin masa itu mama papa ada keutamaan yang lebih diperlukan untuk mereka daripada membeli sebuah kereta kawalan jauh yang berharga RM200 lebih kurang macam itu.

Tapi aku sentiasa, dan pasti sampai bila-bila pun aku takkan lupakan hadiah yang paling bermakna yang mama papa dah belikan untuk aku. Aku akan ingat sampai lah akhir hayat aku.

Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa dalam memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hanya yang punya anak akan mengerti. Apalah salahnya demi sebuah memori yang takkan dilupakan.

Bukan ke lebih baik macam itu?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge