Manisnya sebuah kegagalan

quote-inspirational-wallpaper-preview

Ada orang yang takut gagal. Bagi dia kalau dia gagal, itu malapetaka besar untuk diri dia. Jadi untuk pastikan dia sentiasa berjaya, dia sanggup buat apa saja supaya dia tak jatuh.

Sama ada cara baik ataupun cara tak baik, yang penting result lah sekali tu mesti dapat ke dia. Tapi sebenarnya ada banyak benda yang kita boleh belajar, bila kita berani berdepan dengan kegagalan.

Satu kita boleh rasa macam mana bila berada dekat bawah. Supaya bila kita berada pada satu tahap yang sangat tinggi nanti, kita sentiasa ingat dulu kita kat level mana. Kita semua bermula dari bawah.

Ada ramai orang yang kelabu mata bila nampak ringgit yang banyak. Sampaikan perasaan tu rasa macam boleh beli satu dunia tu rasa nak beli je semua. Langsung tak pernah kisah dengan orang susah yang memerlukan bantuan.

Keduanya bila kita dalam fasa kegagalan, kita ada banyak ruang untuk perbaiki kesilapan. Post mortem balik apa yang kita dah buat dan betulkan semula part yang salah tu. Bertanggungjawab dengan sikap keputusan yang kita dah buat.

Besar tanggungjawab yang nak dipikul. Tapi itulah realiti dunia yang tengah terjadi sekarang ni. Takde benda yang senang dalam hidup. Yang paling penting macam mana kita take control dan action tanpa disuruh.

Ketiga dan yang paling bersyukur adalah kita berpeluang untuk muhasabah diri, dan perbaiki amalan rohaniah, macam mana kita jaga solat. Dalam apa saja yang kita usahakan setiap hari, paling penting kita kena jaga agama kita. Tak boleh ambil mudah.

Secara tak langsung diri kita akan jadi lebih dekat pada Dia. Minta ampun minta maaf atas segala kesalahan yang kita dah buat. Berjanji takkan ulangi buat perkara yang sama.

Kegagalan dan kejayaan ni adalah 2 entiti yang sama. Dia kita tak boleh nak asingkan. Sebab kut mana seorang tu mesti nak kena banyak lalui fasa susah dulu barulah jumpa dengan fasa senang.

Aku orang yang percaya pada proses. Sebab aku tau takkan ada benda yang terjadi atas bumi ni sia-sia tanpa Izin Dia. Bergantung pada cara kita menerima hal tu dan jadikan satu tenaga positif untuk kita untuk berdepan lebih banyak kegagalan.

Baru lah kejayaan tu akan datang dengan sendiri nya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge