MELAKUKAN PERKARA YANG KITA SUKA

Cintai-apa-kita-usahakan

Acap kali soalan ini di tanyakan kepada diri. Kau tak rasa susah ke bila buat jualan? Bukan ke kalau kita berniaga ini, bila tiada jualan bermakna tiada lah gaji kita pada bulan tu. Kenapa tak pilih untuk bekerja makan gaji sahaja? Lebih selamat dan terjamin.

Masing-masing punyai pendapat tersendiri. Aku tak pernah salahkan pun bila ada orang yang beranggapan sama seperti yang di atas. Betul lah tu bagai apa yang dikata. Bila kita berniaga ini kelihatannya seperti beradu nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

REZEKI SENTIASA ADA

Bagi aku sendiri, memang selama ini aku tak pernah bekerja makan gaji di pejabat. Hidup aku memang berlandaskan perniagaan semata-mata. Pernah merasa berniaga sendiri, pernah merasa bekerja dengan orang lain tapi masih dalam bidang perniagaan membuat jualan.

Alhamdulillah, setakat ini masih sentiasa diberikan rezeki oleh Yang Maha Esa. Belum pernah lagi lah sampai tahap tiada apa yang nak dimakan disebabkan tiada jualan berjaya dibuat. Cuma ada kala perniagaan hari itu maju, maka boleh lah merasa makan sedap.

PERASAAN DARI LUBUK HATI YANG PALING DALAM

Paling penting sebenarnya, biarlah dalam bidang apa sekalipun, kita mesti suka dengan apa sahaja bidang yang kita lakukan. Setiap perbuatan kita dalam mengerjakan sesuatu itu mestilah datang dengan rasa cinta yang mendalam.

Baru lah kita akan bekerja dengan lebih proaktif. Perkara ni sangat penting, kalau tidak dijaga mentaliti dan set minda yang betul, kita akan cepat berubah hati tatkala pekerjaan yang kita lakukan itu mula memberikan cabaran-cabaran baru tidak pernah di hadapi sebelum ini.

JANGAN TAKUT, JANGAN BANYAK FIKIR

Andai kata bidang yang kita suka itu bidang yang memang kita minati, tak kira lah walau apa badai yang melanda sekalipun, kita akan sentiasa hadapi dengan tenang dan tidak tergopoh gapah. Kita akan banyak berfikir idea untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Buat sahaja. Bagi yang baru mahu menceburi bidang perniagaan, jangan rasa takut dan risau. Percayalah hasil tidak akan mengkhianati usaha. Selagi mana kita percaya pada rezeki yang Allah SWT tetapkan, pasti akan di lorong kan jalan agar semuanya dipermudahkan.

Percaya pada diri sendiri. Buat sahaja kerja kita, jangan buat kerja Tuhan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge